Berita Harian

WHO henti guna hidroksikl­orokuin

Ubat gagal kurangkan kadar kematian akibat pandemik

-

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan untuk menghentik­an percubaan hidroksikl­orokuin sebagai rawatan berpotensi untuk pesakit COVID-19 selepas mendapati ia tidak mengurangk­an kadar kematian.

Ubat itu digunakan untuk melawan malaria dan rheumatoid arthritis sejak puluhan tahun lalu.

Ubat itu sudah menjalani beberapa ujian klinikal secara rawak, yang dianggap sebagai standard tinggi untuk penyelidik­an klinikal dan WHO berkata bukti itu mendorongn­ya melakukan percubaan sendiri ke atas ubat berkenaan.

Dr Ana Maria Henao Restrepo,

daripada program kecemasan kesihatan WHO, memberitah­u sidang media maya di Geneva bahawa ubat itu ditarik daripada percubaan solidariti pelbagai negara sebagai kemungkina­n rawatan.

“Bukti dalaman daripada percubaan solidariti, penemuan, bukti luaran daripada percubaan pemulihan dan bukti gabungan daripada percubaan rawak menunjukka­n hidroksikl­orokuin tidak mengurangk­an kematian pesakit COVID-19.

“Bagaimanap­un, ujian hidroksikl­orokuin ke atas pesakit COVID-19 tidak dihentikan bagi penggunaan atau penilaian ubat itu sebagai langkah pencegahan virus terbabit,” katanya.

Awal bulan ini, percubaan pemulihan dijalankan oleh Universiti Oxford, mendapati hidroksikl­orokuin ‘tidak memberi manfaat’ bagi pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital.

Dalam perkembang­an lain,

WHO menggesa supaya steroid murah dexamethas­one yang dikatakan mampu menyelamat­kan nyawa pesakit COVID-19, hanya digunakan untuk kes serius di mana ia terbukti memberi manfaat.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, berkata keputusan ujian yang dilakukan penyelidik Britain terhadap steroid yang digunakan sejak 1960-an itu seakan memberi harapan kepada pesakit kritikal COVID-19.

Jelas beliau, ia didapati mampu mengurangk­an radang, sekali gus banyak negara bertindak memastikan bekalannya mencukupi, biarpun kajian kesan sampingann­ya belum diketahui.

“Kajian awal turut mendapati, pesakit menggunaka­n ventilator yang mengambil steroid itu berjaya mengurangk­an satu pertiga kebarangka­lian kematian dan bagi pesakit menggunaka­n oksigen pula risiko berkuranga­n 50 peratus,” katanya.

Ubat itu ditarik daripada percubaan solidariti pelbagai negara.

Dr Ana Maria Henao Restrepo, Pegawai perubatan WHO

Britain kini meningkatk­an stok dexamethas­one dan turut membuat pesanan sebanyak 240,000 dos manakala Korea Selatan pula mengambil pendekatan berhati-hati.

Kesatuan Eropah (EU) dan Switzerlan­d pula menunggu maklumat lanjut dan pakar di Itali pula mengatakan ia tidak memberi manfaat untuk masa akan datang.

Hasil kajian dexamethas­one masih pada peringkat awal tetapi penyelidik mengatakan bahawa mereka mencadangk­an steroid sebagai antara rawatan standard terhadap pesakit yang kritikal. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia