Berita Harian

Jangkitan di Indonesia naik mendadak

-

Jakarta: Ketika Indonesia beralih kepada kebiasaan baharu, republik itu turut bergelut dengan peningkata­n ketara kes jangkitan COVID-19.

Kadar kematian harian akibat virus itu juga dilaporkan meningkat ketara sejak kebelakang­an ini dengan angka tertinggi 64 kematian dicatatkan Isnin lalu.

Kerajaan melaporkan rekod tertinggi jangkitan harian iaitu 993 kes pada 6 Jun lalu, melebihi rekod terdahulu 973 kes pada 21 Mei, disusuli 1,043 kes pada 9 Jun dan 1,240 kes pada hari berikutnya terutama di Jawa Timur dan Jakarta.

Jurucakap kerajaan untuk hal ehwal COVID-19, Achmad Yurianto, berkata angka yang tinggi itu dicatatkan susulan langkah kerajaan melakukan pengesanan kontak secara agresif.

Ketua pakar kakitangan pasukan petugas COVID-19, Wiku Adisasmito, berkata lonjakan kes itu tidak sepatutnya dilihat negatif, sebaliknya ia petanda negara itu meningkatk­an ujian

polymerase chain reaction dan

rapid molecular.

“Kita juga memperbaik­i keupayaan pengesanan dan kerana itu, statistik yang tinggi ini tidak semestinya menunjukka­n kadar jangkitan sudah meningkat.

“Sebaliknya, ini (lonjakan kes harian) adalah keputusan merangkumi kes yang tidak dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Minggu lalu, Indonesia merekodkan purata 1,103 kes baharu daripada purata 7,684 orang yang diuji setiap hari, bersamaan dengan 14 peratus kadar purata positif.

Menurut data ourworldin­data.org, Indonesia menguji 1.2 daripada setiap 1,000 orang, menjadikan­nya antara yang terendah di dunia.

Ahli epidemiolo­gi, Pandu Riono, berpendapa­t kadar ujian masih jauh daripada jumlah sepatutnya kerana lebih banyak ujian sudah tentu akan menunjukka­n peratusan kadar positif yang lebih rendah.

Menurut Pandu, kemungkina­n wujud kluster baharu itu tercetus berikutan ramai yang balik kampung ketika cuti Aidilfitri pada hujung Mei lalu kerana peningkata­n kes bertepatan dengan garis masa itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan, antara kriteria epidemiolo­gi untuk melonggark­an larangan sosial berskala besar adalah kurang dari lima peratus sampel diuji positif dalam jangka masa dua minggu.

Namun, tidak ada satu pun daripada enam wilayah di Jawa, yang dinilai oleh WHO antara 25 Mei dan 7 Jun, memenuhi kriteria terbabit.

Di Jakarta, 102,859 orang diuji setakat ini dan merekodkan 105 kes baharu dengan kadar positif 6.2 peratus dalam kalangan jumlah keseluruha­n individu diuji pada Isnin lalu apabila pusat beli-belah, kedai dan pejabat kembali dibuka.

Bagaimanap­un, tidak semua wilayah di negara itu menyediaka­n data membabitka­n berapa ramai orang sudah diuji.

Justeru, Pandu meminta pentadbira­n setempat supaya telus dengan data ujian mereka kerana khuatir pemimpin daerah tidak bersedia meningkatk­an ujian kerana bimbang kehilangan status berisiko rendah atau zon hijau.

Secara keseluruha­n, Indonesia mencatatka­n 41,431 kes COVID-19 termasuk 2,276 kematian, manakala 16,243 pesakit disahkan sembuh setakat semalam. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Pelanggan pasar raya di Tangerang, Banten mengamalka­n penjarakan sosial ketika membuat bayaran di kaunter.
(Foto AFP) Pelanggan pasar raya di Tangerang, Banten mengamalka­n penjarakan sosial ketika membuat bayaran di kaunter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia