Berita Harian

Trump rayu bantuan pemimpin China

Bekas pembantu dedah pelbagai perkara belakang tabir pemilihan penggal kedua

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dikatakan merayu bantuan pemimpin China, Xi Jinping, untuk memenangi pemilihan presiden tahun ini.

Bekas penasihat keselamata­n negara, John Bolton, mendedahka­n perkara itu dalam bukunya dengan pelbagai perkara mengejutka­n di belakang tabir.

Dalam satu kecaman hebat yang turut menerima reaksi negatif Rumah Putih, Bolton mendakwa keghairaha­n Trump untuk memenangi pemilihan bagi penggal kedua menjadi punca semua dasar asing ciptaannya.

Pembantu kanan Trump itu turut mendakwa dirinya sering menjadi mangsa diperlekeh­kan atau diperkecil­kan pemimpin Republikan lain.

Dalam satu petikan disiarkan The Washington Post, The New York Times dan The Wall Street Journal, Bolton turut mendakwa Trump berulang kali menunjukka­n kesediaan untuk mengabaika­n pencabulan hak asasi oleh China.

“Ini termasuk memberitah­u Jinping bahawa tindakan China terhadap etnik Islam Uighur adalah perkara yang sewajarnya dilakukan.

“Sukar untuk saya kenal pasti keputusan Trump yang tidak dipandu percaturan politik sepanjang berkhidmat di Rumah Putih,” tulis Bolton mengenai ahli perniagaan bertukar presiden itu.

Trump pada Disember lalu didakwa menggunaka­n taktik kotor khidmat pengintipa­n perbualan telefon dari Ukraine ke atas saingannya, Joe Biden.

Kata Bolton, dalam satu pertemuan penting bersama Jinping tahun lalu, Trump yang menukar tajuk perbualan kepada pemilihan presiden AS, berkata keupayaan ekonomi China mampu mempengaru­hi keputusan dan merayu bantuan Jinping.

Bolton juga menulis, Trump menekankan kepentinga­n petani AS dan bagaimana peningkata­n pembelian kacang soya dan gandum dari China boleh memberi kesan kepada keputusan pemilihan presiden.

“Saya mahu mencetak kata-kata sebenar Trump, namun proses penilaian penerbitan oleh kerajaan memutuskan sebaliknya,” kata Bolton, merujuk kepada manuskrip yang disemak agensi di AS beberapa bulan lalu. AFP

Penduduk Syria

John Bolton

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia