Berita Harian

80 juta hilang tempat tinggal

-

Geneva: Hampir 80 juta penduduk dunia terpaksa meninggalk­an kediaman mereka kerana keganasan dan penganiaya­an, menandakan perpindaha­n global meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh sedekad.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), pada 2019, satu daripada 97 penduduk dunia hidup melarat seperti yang berlaku di negara dilanda konflik seperti Syria dan Republik Demokratik Congo.

Ketua pelarian PBB, Filippo Grandi, berkata satu peratus daripada penduduk dunia tidak dapat pulang ke rumah mereka akibat peperangan, penganiaya­an, pelanggara­n hak asasi manusia dan keganasan lain.

Pejabat PBB bagi Pelarian (UNHCR) mendapati, tahun lalu sebanyak 79.5 juta orang hidup sama ada sebagai pelarian, pencari suaka politik atau disebut sebagai pemindahan dalaman di negara mereka sendiri.

Kata Grandi, statistik sama menunjukka­n berlaku peningkata­n mendadak hampir sembilan juta berbanding tahun sebelumnya.

“Tidak ada penyelesai­an politik untuk konflik dan krisis yang memungkink­an orang ramai pulang ke rumah.

“Jika 10 tahun lalu jumlah penduduk dunia yang hilang tempat berteduh dianggarka­n sekitar 40 juta, kini ia berganda dan tidak menunjukka­n tanda akan berkuranga­n.

“Dengan masyarakat antarabang­sa teruk berpecah-belah dan tidak mampu berdamai, pastinya keadaan ini akan berterusan dan kami sangat bimbang tahun depan ia akan menjadi lebih buruk,” katanya.

Jelas Grandi, 68 peratus pelarian datang daripada lima negara, iaitu Syria, Venezuela, Afghanista­n, selatan Sudan serta Myanmar dan jika masyarakat, pemimpin politik selain sumber antarabang­sa bersatu, masalah pelarian dapat diselesaik­an. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? di hadapan rumah yang musnah akibat peperangan.
(Foto AFP) di hadapan rumah yang musnah akibat peperangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia