Berita Harian

Fikry patuh SOP kedai gunting rambut

-

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim yang mengusahak­an kedai gunting rambut ala hipster risau dengan insiden pekerja bidang itu yang disahkan positif COVID-19 seperti yang dilaporkan media, baru-baru ini.

Sehubungan itu, pelakon ini sentiasa memastikan premis diusahakan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa ketika menawarkan perkhidmat­an.

Malah, Fikry mendakwa pernah menghalang pelanggan yang membawa anak kecil daripada memasuki premis bagi mengelak sebarang kemungkina­n penularan COVID-19.

Fikry berkata, biarpun boleh dianggap kes terpencil, namun secara tidak langsung, ia mencalarka­n reputasi dan kredibilit­i pengusaha kedai gunting rambut boleh dipersoalk­an.

“Apabila membaca berita itu, saya jadi bimbang. Perkara ini tidak mustahil berlaku kepada pengusaha dandanan rambut seperti saya.

“Kita sendiri tidak tahu apakah jangkitan itu berpunca daripada pekerja yang menjadi pembawa atau terdedah dengan kontak iaitu pelanggan.

“Insiden itu membuatkan saya lebih berjaga-jaga daripada segi pematuhan SOP yang diberi kerajaan.

“Tidak mahulah hanya kerana insiden ini, kebenaran membuka balik perniagaan gunting rambut ditarik balik,” kata pemenang tempat ketiga program realiti Lawak Solo ini kepada HIP.

Sebagai selebriti, Fikry terpaksa bertegas bagi memastikan setiap peraturan dipatuhi semua pihak demi menjaga nama reputasi.

“Pantang kalau selebriti buat silap, pasti akan kena kecam. Justeru, saya cuba menjaga nama baik kedai saya, Hairfeeks supaya sentiasa mematuhi SOP.

“Kami akan cuba menjaga pelanggan kami dengan sebaik mungkin,” katanya.

Memberi contoh, Fikry mengaku baru-baru ini bertegas dengan seorang pelanggan yang membawa kanak-kanak kecil bersama.

“Kita terpaksa menghalang­nya masuk kerana tidak mahu menanggung risiko,” kata pelakon berusia 26 tahun ini.

Sebelum ini, BH melaporkan, seramai 40 kontak rapat kepada seorang tukang gunting rambut warga Pakistan yang disahkan positif COVID-19, sudah menjalani saringan dan diarahkan kuarantin di rumah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, kontak rapat terbabit dikesan melalui panggilan telefon yang dibuat membabitka­n empat rakan serumahnya serta pelanggan yang menggunaka­n khidmat gunting rambut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia