Berita Harian

Misi tawan dunia

Muncul finalis NYAFA, Boboiboy Movie 2 bakar semangat Animonsta Studios

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Banyak ilmu diperoleh penerbit filem animasi, Boboiboy Movie 2 apabila terpilih sebagai finalis kategori Animasi 3D Terbaik pada New York Animation Film Awards 2020 (NYAFA) di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Pengarah Urusan Animonsta Studios Sdn Bhd, Nizam Razak memberitah­u, keupayaan Boboiboy Movie 2 bolos acara anugerah berprestij anjuran Cinematogr­aphy Awards Foundation itu, dianggap kejayaan besar buat syarikat.

“Bagi kami, menjadi finalis bagi kategori Filem Animasi 3D Terbaik sudah cukup membanggak­an.

“Kemenangan adalah bonus, tetapi apa yang lebih penting, dapat menembusi senarai akhir anugerah berprestij dan bertaraf antarabang­sa.

“Produk keluaran kami mungkin sudah dikenali di negara serantau. Namun, menjadi cita-cita untuk melihat Animonsta dikenali secara global. “Demi merealisas­ikan impian, kami menyertai pelbagai festival di luar negara sebagai permulaan.

“Sedikit sebanyak peserta dan penganjur kenal dan tahu kewujudan produk kami selain strategi pemasaran,” katanya kepada HIP.

Sebelum ini, Boboiboy Movie 2 muncul finalis bagi kategori Filem Animasi Terbaik, Festival Filem Florence, Itali.

Acara itu dihadiri penggiat filem dari pelbagai pelosok dunia bagi memilih karya filem dan animasi yang terbaik.

Kemenangan yang diraih di Festival Filem Laurus sedikit sebanyak memberi mereka ‘cop mohor’ produk keluaran Animonsta sudah diiktiraf di peringkat antarabang­sa.

Akui Nizam, secara tidak langsung ini memberi keyakinan kepada pembeli di luar negara produk dihasilkan berkualiti.

Nizam berkata, kecanggiha­n teknologi memudahkan mereka mengemukak­an penyertaan pada festival antarabang­sa secara digital ketika dunia bergelut dengan pandemik COVID-19.

“Keinginan membawa produk Animonsta ke festival yang lebih besar seperti Anugerah Akademi atau Oscar memang ada.

“Tetapi ini memerlukan bantuan dan sokongan kerajaan terutama dari sudut pemasaran dan promosi disebabkan kos tinggi.

“Kami kekurangan dalam aspek promosi dan pemasaran. Bukan mudah menembusi Oscar tanpa bajet besar. Untuk muncul dalam majalah dan laman web terkemuka di luar negara pun memerlukan kos.

“Jadi, kami mulakan secara perlahan-lahan dengan menyertai

Pemenang bagi 18 kategori dipertandi­ngkan pada NYAFA akan diumumkan secara langsung secara digital pada 1 Julai ini. Boboiboy Movie 2 pernah memenangi Poster Terbaik dan Trailer Terbaik di Festival Filem Laurus di Russia, baru-baru ini. Filem ini mengutip lebih RM27 juta selepas 26 hari ditayangka­n di seluruh negara pada Ogos, tahun lalu.

festival lain di mana mana penyertaan boleh dibuat atas talian.

“Kosnya tidak mahal, jadi kami mengambil peluang untuk perlahan-lahan membina nama di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Nizam berkata, pihaknya akan menerbitka­n animasi dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris bagi memperkena­lkan produk Animonsta pada peringkat global.

“Sebelum ini, kami hanya mengalih bahasa, tetapi kali ini akan dihasilkan dua versi.

“Ini menunjukka­n kami serius dalam memasarkan produk ke luar negara,” katanya.

 ??  ?? Boboiboy Movie 2 terpilih sebagai finalis kategori Animasi 3D Terbaik pada NYAFA 2020 di Amerika Syarikat.
Boboiboy Movie 2 terpilih sebagai finalis kategori Animasi 3D Terbaik pada NYAFA 2020 di Amerika Syarikat.
 ??  ??
 ??  ?? Nizam Razak
Nizam Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia