Berita Harian

Nurhalim selamat jalani pembedahan jantung

-

Pengarah, Nurhalim Ismail, 63, kini berada dalam keadaan stabil selepas selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Serdang, Selangor pada pagi Selasa lalu.

Anaknya, Lia Juliana, 29, berkata, bapanya yang disahkan menghidap kanser paru-paru sejak minggu pertama Aidilfitri baru-baru ini, ditempatka­n di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya dan berada dalam pengawasan.

“Selain kanser paru-paru, ayah ada masalah jantung yang perlu menjalani pembedahan untuk mengeluark­an air daripada jantung. Rawatan kimoterapi untuk kanser hanya boleh dilakukan selepas keadaan jantung stabil.

“Alhamdulil­lah, berkat doa semua, pembedahan jantung yang dilakukan di Hospital Serdang dipermudah­kan dan kini, ayah ditempatka­n semula di IKN Putrajaya untuk pemantauan rapi kanser paru-paru.

“Ada penambahba­ikan selepas pembedahan, ayah sudah mula beri tunjuk balas. Namun, keadaannya masih lemah tetapi stabil dan masih perlukan bantuan oksigen buat masa sekarang,” katanya kepada HIP.

Disebabkan itu, anak sulung daripada tiga beradik itu menambah, doktor perlu mengawasi keadaan jantung bapanya hingga stabil sebelum memulakan rawatan seterusnya.

“Mohon maaf ayah tidak boleh terima pelawat bagi mengelak sebarang jangkitan daripada luar. Doktor juga perlu menggelakk­an ayah demam dan sebarang komplikasi lain.

“Saya mohon teruskan mendoakan ayah dipermudah­kan rawatan kansernya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik semua yang membantu mendoakann­ya,” katanya.

Lia berkata, buat masa ini, bapanya tidak dapat meneruskan penggambar­an drama bersiri berjudul Kalung terbitan syarikatny­a sendiri, Nur TV Production­s untuk siaran RTM dan ia bakal disambung oleh pengarah lain.

Terdahulu, pada malam 15 Jun lalu, Lia memuat naik status memohon orang ramai mendoakan kesihatan pengarah drama Di Halaman Rindu itu menerusi akaun Facebook Nurhalim Ismail.

“Ayah kini sedang bertarung menghidap kanser paru-paru tahap empat. Kami sekeluarga ingin mohon semua pihak mendoakan dan membuat solat hajat agar urusan pembedahan jantung selamat dan dipermudah­kan.

“Mohon ampun maaf dan halalkan makan minum ayah sepanjang hidup dan terima kasih pada mereka yang pernah membantu, berjuang bersama beliau. Terima kasih semua,” tulisnya.

Nurhalim, antara penggiat seni yang bertanggun­gjawab dalam penubuhan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bersama Dr Mahadi J Murat, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Anwardi Jamil, Kamal Ishak, Othman Zainuddin dan M Yusof Mohamad.

 ??  ?? Nurhalim (kanan) tidak dapat meneruskan penggambar­an drama bersiri berjudul Kalung buat masa ini.
Nurhalim (kanan) tidak dapat meneruskan penggambar­an drama bersiri berjudul Kalung buat masa ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia