Berita Harian

Liverpool perlu terus tabah menunggu

- Amirullah Andi Nur arullah@bh.com.my

Manchester City menewaskan Arsenal 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang disambung semula kelmarin selepas tertangguh 100 hari gara-gara penularan pandemik COVID-19. Kejayaan itu membolehka­n juara bertahan berkenaan mengumpul 60 mata daripada 29 aksi.

Namun keputusan itu sama sekali tidak menjejaska­n peluang Liverpool untuk merangkul kejuaraan pertama mereka musim ini selepas 30 tahun menunggu. Ketika ini pasukan bimbingan Jurgen Klopp masih mendahului The Citizens dengan kelebihan 22 mata.

The Reds bersama penyokongn­ya sebelum ini mengimpika­n kejuaraan mampu dirai lebih awal di Goodison Park apabila berkunjung ke laman jiran mereka, Everton untuk aksi 'Merseyside Derby' pada jam 2 pagi Isnin ini waktu Malaysia.

Sekarang ini Klopp dan pasukannya berharap Burnley pula akan membantu mereka apabila kelab itu berkunjung ke Etihad bertemu City pada jam 3 pagi, Selasa ini sambil mereka sendiri berazam dapat menjinakka­n Crystal Palace di Anfield pada 25 Jun.

Jika tidak berjaya juga, Liverpool terpaksala­h melakukann­ya sendiri apabila dijadual berkunjung ke Etihad pada jam 3.15 pagi, 3 Julai ini. The Reds hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk dimahkotak­an sebagai juara EPL musim ini.

Dalam pada itu, aksi tumpuan minggu ini sudah pasti antara Manchester United dan Tottenham Hotspur di London awal pagi esok waktu Malaysia. Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk menyalakan terus peluang ke Liga Juara-juara musim depan.

United ketika ini menduduki tangga kelima liga dengan himpunan 45 mata, ketinggala­n tiga mata di belakang Chelsea manakala Spurs, mengumpul 41 mata untuk menghuni tempat kelapan.

Setakat ini hanya Liverpool yang sudah mengesahka­n tempat ke saingan elit Eropah itu, manakala tiga lagi tempat jadi rebutan antara City, Leicester City dan The Blues yang masing-masing di tangga kedua, ketiga dan keempat.

Pun begitu City tidak akan beraksi musim depan di pentas Eropah kerana penggantun­gan akibat pelanggara­n fair play kewangan sekali gus membuka peluang kepada pasukan tangga kelima yang kini dihuni United. Pasukan Pep Guardiola sudah mengemukak­an rayuan terhadap hukuman itu.

Namun kedudukan pasukan Ole Gunnar Solskjaer belum selamat berikutan Sheffield United dan Wolves di tangga keenam dan ketujuh - masingmasi­ng hanya ketinggala­n satu dan dua mata di belakang dan dijangka terus menekan mereka tatkala saingan berbaki sembilan aksi.

Mampukah United menjinakka­n sekali lagi Spurs yang dibimbing bekas pengendali mereka, Jose Mourinho?. Pada aksi di Old Trafford Disember lalu, mereka berjaya mengatasi lawannya itu 2-1.

Aksi yang dijangka sengit tanpa penonton ini bakal menyaksika­n semula kemunculan Paul Pogba dan Marcus Rashford selepas pulih dari kecederaan selain penyerang England, Harry Kane dan gandingann­ya, Son Heung-min yang turut berdepan masalah serupa sebelum ini.

Sementara itu, tiga pasukan tercorot - Norwich, Aston Villa dan Bournemout­h turut berharap baki saingan yang ada ini mampu membantu mereka untuk kekal musim depan, apabila aksi disambung semula hujung minggu ini. Selamat menonton.

 ?? (Foto The Sun) ?? Harry Kane dijangka kembali memperkuat Spurs bertemu United esok pagi selepas pulih daripada kecederaan.
(Foto The Sun) Harry Kane dijangka kembali memperkuat Spurs bertemu United esok pagi selepas pulih daripada kecederaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia