Berita Harian

City bermula langkah kanan

United pula ada strategi perangkap Spurs buat kali kedua

-

Manchester: Pasukan Manchester City memastikan kemenangan pertama ketika Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung kelmarin dengan kejayaan 3-0 mengatasi Arsenal yang bermain 10 orang di Stadium Etihad yang kosong ketika liga utama England itu kembali diiringi protes terhadap perkauman.

Kedua-dua pemain pasukan berlutut sebelum sepak mula sama seperti pemain Aston Villa dan Sheffield United bagi perlawanan pertama selepas 100 hari terhenti akibat pandemik COVID-19.

Kemenangan City mengurangk­an jurang dengan Liverpool di persada kepada 22 mata, bermakna skuad Reds tidak boleh memastikan gelaran ketika mereka berdepan Everton dalam saingan tetangga Merseyside pada awal pagi Isnin ini waktu Malaysia.

Bos Gunners, Mikel Arteta membuat pilihan pemain agak pelik apabila meletakkan Alexandre Lacazette dan Nicolas Pepe serta David Luiz di bangku simpanan manakala Mesut Ozil langsung tidak berada dalam skuad.

Sterling membuka jaringan City apabila Luiz gagal menghalang hantaran Kevin De Bruyne dan lima minit memasuki babak kedua, Arsenal semakin tertekan apabila Luiz menjatuhka­n Riyad Mahrez dalam kotak penalti dan dilayangka­n kad merah.

De Bruyne tenang menyempurn­akan penalti mengatasi Leno. City menggunaka­n tambahan masa untuk menambah gol ketiga menerusi pemain gantian Phil Foden.

Sementara itu, Luke Shaw menegaskan Manchester United ada taktik yang diperlukan untuk menewaskan Tottenham Hotspur pada aksi EPL di London awal pagi esok waktu Malaysia.

United menghadiah­kan kekalahan pertama kepada bekas pengurus mereka, Jose Mourinho di Spurs menerusi kemenangan 2-1 pada Disember lalu yang menyaksika­n dua jaringan Marcus Rashford memastikan mata penuh buat mereka di Old Trafford.

Shaw mendedahka­n mereka melihat video perlawanan menentang Spurs sebelum ini sebagai persiapan dan yakin taktikal pada perlawanan terbabit boleh membantu mereka menang sekali lagi ke atas lawan.

AFP/AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia