Berita Harian

PKR pilih Anwar calon PM, AMANAH, DAP mahu Tun M

MPP parti mahu kekalkan Anwar sebagai Perdana Menteri

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: PKR menolak cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad mencalonka­n semula dirinya sebagai Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersama Ahli Parlimen PKR yang berlangsun­g, semalam.

Dalam satu kenyataan, parti itu memaklumka­n kekal dengan konsensus dicapai PH untuk mencalonka­n Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“PKR tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir demi usaha menyelamat­kan Malaysia dan mengembali­kan mandat rakyat ke tempatnya.

“Bagaimanap­un, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonka­n Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan konsensus PH mencalonka­n Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Kenyataan itu berkata, PKR menghargai usul dan usaha DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang secara konsisten menyokong pencalonan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

“PKR mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertaha­nkan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.

“Permasalah­an berbangkit apabila Dr Mahathir berpendiri­an mahu kembali buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, PKR juga akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa.

“PKR komited untuk terus mengukuhka­n PH dan akan meneruskan usaha menggemble­ng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembali­kan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia