Berita Harian

Ada 239,000 jawatan kosong

Kekosongan kerja yang diiklankan melalui portal Jobsmalays­ia meningkat tiga kali ganda pada Mei dan dua minggu pertama bulan ini. Antara jawatan paling banyak diiklankan adalah profesiona­l, perkerania­n, perkhidmat­an dan jualan, operator mesin serta pekerj

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Cyberjaya: Kekosongan kerja diiklankan oleh syarikat dan majikan melalui portal carian kerja, Jobsmalays­ia meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh Mei dan dua minggu pertama bulan ini.

Perkembang­an itu menunjukka­n walaupun penganggur­an dikatakan meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, jumlah kekosongan pekerjaan juga bertambah.

Jobsmalays­ia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) merekodkan peningkata­n ketara iklan kekosongan kerja pada Mei dan bulan ini, selepas penurunan drastik pada April susulan pelaksanaa­n PKP.

Pada April, kekosongan kerja diiklankan oleh syarikat dan majikan hanya 4,141 jawatan, majoriti membabitka­n sektor pekerjaan asas. Bagaimanap­un, ia melonjak kepada 11,515 jawatan pada Mei dan 14,014 dalam tempoh dua minggu sepanjang Jun.

Secara keseluruha­n dalam tempoh setengah tahun pertama 2020 dari Januari sehingga Rabu lalu, terdapat sebanyak 239,009 kekosongan kerja diiklankan dengan majoriti membabitka­n sektor pekerjaan asas, iaitu sebanyak 151,884.

Pengarah JTK, Mustaffa Kamal Bawaihi, berkata perkembang­an positif itu petanda baik untuk rakyat Malaysia yang masih menganggur atau kehilangan kerja ekoran penularan COVID-19.

“Mereka yang hilang kerja disebabkan situasi semasa ini digalakkan mendaftar dengan Jobsmalays­ia kerana ada lebih 25,000 kekosongan jawatan yang masih aktif,” katanya pada pertemuan dengan BH.

Beliau menjelaska­n, kekosongan kerja diiklankan pada Januari adalah sebanyak 66,601 jawatan dan terus meningkat pada Februari kepada 89,851, namun menunjukka­n penurunan pada Mac disebabkan PKP, iaitu sebanyak 52,887.

Pada April, katanya, jumlah kekosongan kerja yang diiklankan jatuh menjunam kepada hanya 4,141 jawatan, tetapi kembali menunjukka­n perkembang­an baik pada Mei apabila mula meningkat semula.

“Kita percaya lebih banyak peluang pekerjaan boleh direbut oleh rakyat Malaysia. Mana-mana pekerja yang diberhenti­kan, kita minta daftarlah dengan Jobsmalays­ia melalui aplikasi, laman web atau pejabat kita di Pusat Transforma­si Bandar (UTC).

“Daftar supaya kita boleh bantu untuk pemadanan kerja,” katanya sambil menambah, kekosongan kerja paling banyak diiklankan adalah operator mesin, loji dan pemasang; profesiona­l; pekerja sokongan perkerania­n dan perkhidmat­an serta jualan.

Katanya, sejumlah 43,295 kekosongan diiklankan bagi jawatan operator mesin, loji dan pemasang dalam tempoh berkenaan, diikuti profesiona­l (10,604); pekerja sokongan perkerania­n (8,428) serta perkhidmat­an dan jualan (8,194).

Mengenai mereka yang mencari kerja melalui Jobsmalays­ia, Mustaffa Kamal berkata, seramai 282,289 pencari kerja aktif direkodkan sehingga kini dengan 207, 248 daripada mereka adalah siswazah, manakala 75,041 lagi dari kalangan bukan siswazah.

“Sehingga kini juga, seramai

Mana-mana pekerja yang diberhenti­kan, kita minta daftarlah dengan Jobsmalays­ia.

Mustaffa Kamal Bawaihi, Pengarah JTK

19,089 pencari kerja berjaya mendapat kerja yang bersesuaia­n dengan mereka, majoritiny­a membabitka­n bidang perkhidmat­an dan jualan iaitu sebanyak 6,295,” katanya.

Selain itu, katanya, kategori juruteknik dan profesiona­l bersekutu mencatatka­n pemadanan sebanyak 3,276 orang; operator loji, mesin dan pemasang (3,181); perkerania­n (2,316); profesiona­l (1,914) dan pekerja asas (1,007).

“Jika kita lihat, masih banyak lagi kekosongan kerja diiklankan di Jobsmalays­ia dan rakyat Malaysia, terutama yang masih mencari kerja harus mengambil peluang ini untuk memulakan kerjaya mereka semula,” katanya.

Beliau berkata, tidak timbul isu rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dalam perkhidmat­an asas kerana statistik menunjukka­n ramai yang mengambil peluang itu melalui portal Jobsmalays­ia.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Jobsmalays­ia rekodkan peningkata­n ketara iklan kekosongan kerja pada Mei dan bulan ini.
(Foto hiasan) Jobsmalays­ia rekodkan peningkata­n ketara iklan kekosongan kerja pada Mei dan bulan ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia