Berita Harian

UITM lakar sejarah lakukan pembedahan buang kanser peti suara guna robot

Cipta sejarah prosedur tidak babitkan pembedahan terbuka

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Sungai Buloh: Universiti Teknologi MARA (UITM) melakar sejarah apabila julung kali melakukan prosedur pembedahan membuang kanser larinks atau peti suara menggunaka­n kaedah robotik.

Prosedur kali pertama dilakukan di Malaysia itu turut mendapat kerjasama Pusat Perubatan Pakar UITM (UPSC) dan pakar dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pakar Telinga, Hidung dan Mata (ENT) UPSC, Dr Ahmad Khusyairi Khalid, berkata prosedur itu dilakukan bagi membuang sel kanser tanpa perlu membuang keseluruha­n bahagian peti suara pesakit.

Beliau berkata, penggunaan teknik itu bergantung sepenuhnya kepada usia dan keadaan kesihatan individu, selain tidak membabitka­n pembedahan terbuka dilakukan ke atas pesakit.

“Bukan semua pesakit kanser larinks sesuai menggunaka­n teknik ini. Kita perlu kenal pasti tahap kanser, selain ia belum menjejaska­n fungsi peti suara setiap pesakit bagi menentukan sebarang prosedur bersesuaia­n.

“Bagaimanap­un, kualiti peti suara pasti tidak akan sama seperti sebelum pesakit menjalani pembedahan.

“Mereka mungkin masih dapat menggunaka­n suara sendiri selepas prosedur selesai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dr Ahmad Khusyairi berkata, pihaknya berharap dapat membuang kanser dan mengekalka­n sebanyak mungkin fungsi peti suara pesakit.

Beliau berkata, pelbagai kaedah boleh digunakan untuk membuang kanser larinks, termasuk menjalanka­n prosedur pembedahan konvension­al dengan melakukan pembedahan terbuka di bahagian leher pesakit.

Selain itu, katanya, pesakit boleh menjalani prosedur radioterap­i untuk mengawal sel kanser jika berada pada tahap awal atau pembedahan menggunaka­n laser.

“Melalui teknik konvension­al, pesakit berdepan kemungkina­n tidak dapat mengeluark­an suara atau perlu digantikan dengan suara buatan serta menggunaka­n teknik menggunaka­n suara lain yang bukan suara asal.

“Bagaimanap­un, fungsi peti suara masih ada, iaitu boleh bergerak dan menelan jika pesakit menjalani pembedahan teknik robotik,” katanya.

Mengenai kos perlu ditanggung pesakit, beliau berkata, ia lebih tinggi berbanding kaedah konvension­al, namun berdepan kesan sampingan yang lebih kecil.

“Bagaimanap­un, pesakit berdepan kemungkina­n mengalami kesan sampingan lebih teruk jika menjalani pembedahan besar, terutama individu berusia atau memiliki masalah kesihatan lain.

“Kos teknik robotik sememangny­a lebih tinggi, tetapi tempoh pesakit berada di wad dapat dikurangka­n. Pada masa sama, kos rawatan lebih rendah kerana tidak perlu membeli tiub atau alat bantuan percakapan.

“Pesakit juga tidak mempunyai parut di luar (permukaan badan) kecuali lubang sementara yang akan dicabut dan sesuai untuk mereka mempunyai banyak masalah kesihatan atau berusia untuk menjalani prosedur seperti ini.

“Mungkin ada yang kata buang semua (larinks) boleh menghapusk­an kanser. Bagaimanap­un, kualiti hidup adalah aspek perlu ditekankan jika kita buang semua sekali,” katanya.

Bukan semua pesakit kanser larinks sesuai menggunaka­n teknik ini. Kita perlu kenal pasti tahap kanser, selain ia belum menjejaska­n fungsi peti suara setiap pesakit sebelum menentukan prosedur bersesuaia­n.

Dr Ahmad Khusyairi Khalid, Pakar Telinga, Hidung dan Mata UPSC

 ??  ??
 ?? (Foto Aswadi Alias /BH) ?? Pembedahan membuang kanser peti suara menggunaka­n kaedah robotik di Pusat Perubatan UITM, Sungai Buloh.
(Foto Aswadi Alias /BH) Pembedahan membuang kanser peti suara menggunaka­n kaedah robotik di Pusat Perubatan UITM, Sungai Buloh.
 ??  ??
 ??  ?? Doktor pakar memantau pembedahan melalui skrin televisyen di Pusat Perubatan UITM, Sungai Buloh.
Doktor pakar memantau pembedahan melalui skrin televisyen di Pusat Perubatan UITM, Sungai Buloh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia