Berita Harian

Polis buru puluhan lagi anggotanya dan ATM

sekongkol dengan sindiket penyeludup­an PATI: KPN

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti puluhan pegawai dan anggotanya serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersekongk­ol dengan sindiket penyeludup­an pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pemerdagan­gan manusia

Puluhan pegawai dan anggota polis serta ATM ini dikesan berada dalam senarai yang diberikan ‘habuan’ oleh sindiket penyeludup­an susulan daripada operasi dan siasatan terhadap penahanan 18 pegawai dan anggota penguat kuasa di Johor pada awal Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya sedang mengambil tindakan drastik menahan dan mengesan semua pegawai dan anggota terbabit yang ‘bekerjasam­a’ dengan sindiket berkenaan.

“Tindakan pada masa ini sedang dilakukan dalam kadar segera. Menteri Dalam Negeri dan Panglima Angkatan Tentera juga sudah dimaklumka­n mengenai perkara ini.

“Mereka yang dikenal pasti bersekongk­ol dengan sindiket itu harus menerima balasan atas apa yang sudah mereka lakukan dengan sanggup menggadaik­an keselamata­n dan kedaulatan tanah air,” katanya dalam temu bual khas di Bukit Aman, kelmarin.

Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak sekali-kali akan berdiam diri dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengesan mereka yang membawa imej buruk dalam pasukan keselamata­n negara.

“Berdasarka­n maklumat perisikan, mereka ini bukan dijadikan ‘kambing hitam’ atau diancam, sebaliknya mempunyai hubungan erat dengan sindiket.

“Sebagai balasan, mereka akan menerima habuan lumayan setiap bulan selepas memastikan aktiviti penyeludup­an ‘selamat’ daripada dikesan dan ditahan pihak berkuasa.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mengesan dan memburu mana-mana pegawai dan anggota sama ada PDRM atau ATM yang turut cuba bekerjasam­a dengan sindiket penyeludup­an dan pemerdagan­gan manusia.

“Tugas utama kami adalah mengesan dan seterusnya melumpuhka­n kegiatan mereka demi keselamata­n kita bersama,” katanya.

Beliau memuji tindakan pantas polis Johor, yang menahan 13 pegawai dan anggota serta lima anggota ATM kerana terbabit sindiket penyeludup­an PATI dan pemerdagan­gan manusia.

“Tindakan kami akan berterusan dan akan dibuat dalam skala yang lebih besar selepas ini bagi mengesan mana-mana penguat kuasa yang terbabit dengan sindiket, mereka tidak akan terlepas,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahka­n penangkapa­n 18 anggota PDRM dan ATM yang ditahan dalam operasi dari 15 Jun hingga 18 Jun.

Semua dalang terbabit dipercayai menggunaka­n kawasan Pantai Timur Johor, sebagai lokasi kegiatan haram penyeludup­an mereka.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, setiap tindakan polis dalam memanggil mana-mana pemimpin politik tidak seharusnya dilihat sebagai mempunyai agenda atau motif tertentu.

Katanya, ia bagi melengkapk­an proses siasatan laporan yang dibuat mengikut garis panduan berdasarka­n peruntukan undang-undang, termasuk merakam percakapan.

“Saya menafikan dakwaan kononnya tindakan polis bertujuan menakut-nakutkan atau mengambil kesempatan ke atas pemimpin politik tertentu.

“Sebagai contoh kes membabitka­n Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh. Tindakan kami adalah berdasarka­n undang-undang dan laporan seorang individu mendakwa (Yeoh) mengeluark­an kenyataan yang mungkin dianggap menghasut, jadi kami harus siasat bagi menentukan sama ada ia benar atau tidak,” katanya.

Abdul Hamid berkata, siasatan harus dilakukan secara terperinci selepas pihak polis mendapati ada kemungkina­n wujud unsur memfitnah Yeoh berhubung laporan berkenaan.

Katanya, pegawai penyiasat tidak mempunyai kaedah lain kecuali memanggil Yeoh ke Bukit Aman untuk membantu siasatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ada.

 ??  ??
 ??  ?? Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia