Berita Harian

Kes aktif kurang 400

Sebanyak 70 dibenarkan discaj semalam, kumulatif 8,070 kes

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Suzalina Halid bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Negara kembali mencatatka­n kes baharu COVID-19 satu angka semalam dengan enam jangkitan, menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif 8,535.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 70 kes pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan discaj semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,070 kes iaitu 94.6 peratus, daripada jumlah keseluruha­n kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 adalah 344 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian perkembang­an COVID-19 di sini semalam.

Daripada enam kes baharu itu, dua adalah kes import masing-masing membabitka­n warganegar­a dan bukan warganegar­a manakala empat lagi adalah penularan tempatan membabitka­n warganegar­a.

Jumlah mereka yang dirawat di unit rawatan rapi ialah tiga dan tidak memerlukan bantuan pernafasan.

Tidak ada kematian direkodkan semalam menjadikan ia kekal kepada 121.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata kementeria­n mengesan satu kluster baharu COVID-19 dikenali sebagai Kluster Kidurong di Sarawak yang membabitka­n enam kes, setakat ini.

Katanya, kes indeks bagi kluster itu ialah seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dikesan positif pada 12

Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati ahli keluarga beliau juga positif COVID-19 membabitka­n ibu, bapa dan dua adik-beradiknya.

“Seorang rakan kepada bapa kes ini juga didapati positif COVID-19, menjadikan ia sebuah kluster baharu di Kidurong.

“Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat dijalankan dengan membabitka­n seramai 231 orang dikenal pasti, setakat ini.

“Seramai 163 orang sudah disaring dan kesemua mereka negatif COVID-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 adalah 344 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia