Berita Harian

Buka sempadan antarabang­sa masih dibincangk­an

-

Putrajaya: Pembukaan semula sempadan antarabang­sa secara bersyarat untuk negara daripada zon hijau masih pada peringkat perbincang­an awal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata menerusi perbincang­an awal, enam negara dikenal pasti untuk tujuan berkenaan, iaitu Singapura, Australia, Brunei, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Namun, katanya, ia perlu melalui persetujua­n bersama antara Malaysia dengan negara terbabit untuk pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) secara dua hala yang sedang dimuktamad­kan ketika ini.

“Kawalan sempadan masih diperketat­kan hingga kini walaupun kita memberi sedikit kebenaran kepada beberapa perkara. Mereka perlu mengikut SOP termasuk kuarantin dan saringan,” katanya pada sidang akhbar COVID-19, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Dr Noor Hisham berkata, langkah seterusnya berhubung pembukaan semula pintu sempadan nanti, termasuk dari aspek kuarantin, sedang diteliti.

Beliau juga berkata negara kini sudah memasuki fasa pemulihan susulan kes harian COVID-19 adalah dalam lingkungan satu hingga dua angka terutamany­a bagi kes penularan di dalam negara yang kerap mencapai satu angka.

Bagaimanap­un, katanya, aktiviti survelan klinikal dan saringan akan diteruskan bagi tujuan pemantauan.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga minggu epid ke-24 (iaitu sehingga 13 Jun), sebanyak 19,309 sampel pesakit Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) telah diambil.

“Kes ILI,15 kes positif COVID-19 daripada 2,048 sampel manakala kes SARI, 76 kes positif COVID-19 daripada 17,261 sampel.

Menjawab soalan, Dr Noor Hisham

berkata warga emas dan pesakit kronik boleh ke masjid meskipun mereka dalam kategori berisiko tinggi tetapi perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, rakyat Malaysia termasuk golongan berisiko tinggi dibenarkan kembali menjalani kehidupan secara normal sepanjang tempoh PKPP tetapi hendaklah mematuhi SOP untuk mengelak dijangkiti COVID-19.

“Sekarang ini kita membenarka­n kehidupan seharian mereka bermula kembali tetapi kena pantau. Jangkitan COVID-19 ini memang terkawal tetapi masih ada risiko, walaupun ia sangat rendah.

‘Apabila risiko rendah, kita membenarka­n semula pembukaan masjid. Kalau mereka pergi ke rumah ibadat, itu kena patuh kepada SOP sedia ada dan kerap cuci tangan serta pemakai pelitup muka," katanya.

Mengenai jangkitan di depoh tahanan, terutama membabitka­n warga asing, beliau berkata ia adalah terkawal.

Beliau berkata, ia berikutan tiada pertambaha­n kes dan saringan direkodkan di tiga depoh tahanan Imigresen (DTI), iaitu Semenyih, Sepang dan Putrajaya.

Malah, daripada 803 sampel individu membabitka­n penghuni dan kakitangan yang diambil sebelum ini, katanya, hanya lapan yang masih menunggu keputusan, manakala baki negatif.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia