Berita Harian

Kakitangan empat jabatan dapat insentif

Polis, Imigresen, RELA, JPN di pedalaman dapat sehingga RM1,500

- Oleh Balqis Jazimah Zahari bhnews@bh.com.my

Ipoh: Kakitangan di empat jabatan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) kini layak menerima Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata bayaran antara RM500 hingga RM1,500 itu dilakukan mulai bulan ini sebagai penghargaa­n dan galakan kepada kakitangan yang berkhidmat di pedalaman.

Beliau berkata, empat jabatan itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Katanya, mereka akan menerima bayaran setiap bulan.

“Kelulusan ini memberi faedah kepada kira-kira 1,200 pegawai dan anggota yang bertugas di 98 fasiliti jabatan dan agensi KDN.

“Dari segi pecahan, seramai 1,064 orang membabitka­n PDRM, JPN (93), Imigresen (29) dan RELA (14),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an cek Skim Ex-gratia Bencana Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Bagi Allahyarha­m Koperal Safwan Mohamad Ismail, di Ulu Kinta di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador.

Hamzah berkata, insentif itu dibayar berdasarka­n tiga kategori.

Katanya, kategori berkenaan ialah Pedalaman 1 (P1) sebanyak RM500, Pedalaman 2 (P2) RM1,000 dan Pedalaman 3 (P3) RM1,500.

“Penentuan kategori berkenaan berasaskan kepada tahap kesukaran yang dinilai mengikut aspek kesampaian aksesibili­ti, kemudahan asas dan kemudahan awam,” katanya.

Beliau berkata, kriteria bagi menentukan lokasi pedalaman itu berada di dalam kategori P1, P2 atau P3 dibuat dengan mengambil beberapa kriteria.

“Kriteria mengikut bilangan mod pengangkut­an (termasuk kos), risiko perjalanan, sumber air, sumber elektrik, kediaman, sanitasi, telekomuni­kasi, perkhidmat­an kesihatan dan sekolah dan kemudahan lain seperti bank, pejabat pos dan bekalan bahan api,” katanya.

 ?? (Foto Sharul Hafiz ZAM/BH) ?? Hamzah (kiri) pada majlis penyampaia­n cek Skim Ex-gratia Bencana Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Bagi Allahyarha­m Koperal Safwan kepada bapanya, Mohamad di Ulu Kinta, Perak, semalam.
(Foto Sharul Hafiz ZAM/BH) Hamzah (kiri) pada majlis penyampaia­n cek Skim Ex-gratia Bencana Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Bagi Allahyarha­m Koperal Safwan kepada bapanya, Mohamad di Ulu Kinta, Perak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia