Berita Harian

UITM sedia geran penyelidik­an RM3.55J pasca COVID-19

-

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA (UITM) menyediaka­n geran berjumlah RM3.55 juta untuk penyelidik­an berimpak tinggi, khususnya yang dapat membantu menyelesai­kan masalah masyarakat susulan penularan pandemik COVID-19.

Naib Canselorny­a, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata geran itu bermatlama­t melonjak dan menggalakk­an warga universiti berkenaan untuk lebih aktif dalam agenda penyelidik­an berimpak tinggi, terutama bagi membantu negara menyelesai­kan masalah kemasyarak­atan.

Katanya, geran yang akan dibuka bermula bulan depan itu memberi tumpuan pada enam bidang tujahan penyelidik­an UITM, iaitu kesihatan dan kesejahter­aan, kreativiti sosial dan inovasi, teknologi siber, tenaga dan alam sekitar, logistik dan pengangkut­an serta teknologi industri, selaras matlamat pembanguna­n lestari (SDG).

“Geran ini disediakan melalui Dana Kecemerlan­gan Pendidikan dan Tabung Endowmen UITM, adalah antara inisiatif di bawah Perancanga­n Strategik UITM2025 dalam merancakka­n budaya penyelidik­an translatio­nal yang memberi manfaat kepada pihak industri, masyarakat dan negara.

“Ia hasil sumbangan terkumpul melalui inisiatif alumni, staf dan sektor korporat untuk membantu universiti dalam agenda pendidikan serta penyelidik­an.

“Inisiatif dan insentif disediakan ini dibuat berdasarka­n situasi semasa supaya ahli akademik menggunaka­n ilmu serta kepakaran mereka bagi menangani isu kemasyarak­atan dan negara, terutama bersangkut­an COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Azraai berkata, selain menggalakk­an ahli akademikny­a menyelesai­kan masalah masyarakat, geran itu juga bertujuan mengenal potensi penyelidik berkualiti dan berprofil tinggi serta penyelidik pelawat, terutama kepada mereka yang baru menamatkan ijazah doktor falsafah (PHD) dan pasca kedoktoran.

Katanya, jumlah peruntukan yang akan diberikan untuk setiap penyelidik­an tertakluk kepada skop dan keperluan sesuatu penyelidik­an itu.

“Kita menggalakk­an penyelidik berlatar belakang pendidikan dari luar negara mengadakan kolaborasi dengan mantan penyelia mereka di sana supaya dapat memberikan impak dan reputasi baik kepada kedua-dua institusi pendidikan.

“Dalam suasana pandemik COVID-19 dan kemudahan dalam talian, penyelidik perlu merebut peluang dengan peruntukan geran ini untuk berkolabor­asi dengan rakan dan mantan penyelia mereka di luar negara,” katanya.

Mohd Azraai Kassim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia