Berita Harian

Pinjaman ubah skala perniagaan dua sahabat

-

Shah Alam: Pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) mengubah hala tuju perniagaan dua sahabat daripada operasi skala kecil di rumah kepada ruang kedai lebih luas dan diyakini pelanggan.

Bermula dengan melakukan perkhidmat­an servis alat pendingin hawa di rumah, B Goobi, 40, dan rakan kongsi, M Shymala, 52, mengakui kekangan modal pada awalnya membuatkan mereka memendam impian untuk beroperasi dalam suasana selesa.

“Kita buat kecil-kecilan sahaja mulanya sebelum semuanya berubah pada 2016. Ketika itu, seorang rakan mencadangk­an saya memohon pinjaman TEKUN Nasional untuk mengembang­kan perniagaan.

“Mula-mula ingatkan susah, rupanya senang. Permohonan saya diluluskan kurang dua bulan dari tempoh memohon.

“Untuk pinjaman pertama, saya mendapat RM35,000 dan dengan modal itu, saya menyewa kedai dan membeli sebuah van untuk memudahkan kami membawa barangan termasuk pendingin hawa,” katanya ketika ditemui BH di Taman Bukit Pelangi, semalam.

Segala-galanya berjalan lancar sehinggala­h wabak COVID-19 mengubah banyak perkara, termasuk membuatkan perniagaan Goobi dan Shymala terhenti seketika.

Enggan mengalah, Goobi mengikuti perkembang­an semasa dengan teliti sehinggala­h Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumka­n Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) yang ditawarkan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin

Rakyat (PRIHATIN).

Rekod baik bayaran balik pinjaman TEKUN Nasional memudahkan Goobi mendapat pinjaman kedua sebanyak RM50,000 sebelum turut menerima kelulusan RM10,000 menerusi CBRM bagi membolehka­n syarikat bertahan dalam keadaan tidak menentu susulan penularan wabak COVID-19.

Katanya, dua pinjaman pertama selesai dibayar dalam tempoh dua tahun selepas mendapat pinjaman dan beliau bercadang membuat permohonan lagi selepas ini.

“Syarikat kami mempunyai 10 pekerja ketika ini, termasuk saya dan Shymala manakala sebahagian besar pelanggan adalah syarikat dan kilang,” katanya.

Atas pengalaman sendiri bertatih dari bawah hingga mempunyai perniagaan yang stabil, beliau menggalakk­an rakan yang terjejas perniagaan supaya memohon Skim CBRM .

“Prosedurny­a mudah dan khidmat nasihat turut diberi jika kita mempunyai kemusykila­n. Ini adalah cara kerajaan membantu kita untuk meneruskan perniagaan dan terus cekal menghadapi detik mencabar ini,” katanya.

Ini adalah cara kerajaan membantu kita untuk meneruskan perniagaan dan terus cekal menghadapi detik mencabar ini.

B G0obi,

Usahawan perkhidmat­an servis alat pendingin hawa

 ?? (Foto Faiz Anuar /BH) ?? Goobi (dua dari kiri) dan Shymala (kiri) melihat pekerjanya menjalanka­n perkhidmat­an servis alat pendingin hawa di premis perniagaan­nya di Taman Bukit Pelangi, Shah Alam.
(Foto Faiz Anuar /BH) Goobi (dua dari kiri) dan Shymala (kiri) melihat pekerjanya menjalanka­n perkhidmat­an servis alat pendingin hawa di premis perniagaan­nya di Taman Bukit Pelangi, Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia