Berita Harian

CBRM bawa sinar baharu usahawan terjejas COVID-19

Ibu muda bina semula perniagaan makanan selepas 3 bulan terhenti

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Nur Sakinah menunjukka­n

Kuala Lumpur: Prosedur yang hanya memerlukan beberapa dokumen asas membuatkan seorang usahawan muda yakin memohon pembiayaan jangka pendek Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bagi membina kembali perniagaan­nya selepas tempias wabak COVID-19.

Peniaga makanan, Nur Sakinah Sarju, 28, mengakui pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu dan berlanjuta­n kira-kira tiga bulan hampir ‘menggelapk­an’ masa depannya.

Menyara ibu bapa dan seorang anak berusia lima tahun, beliau yang mengusahak­an perniagaan makanan secara bergerak menggunaka­n karavan, bagai kehilangan punca apabila tidak dapat berniaga sepanjang PKP.

“Mujurlah seorang kenalan memberitah­u mengenai Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) di bawah TEKUN Nasional.

“Saya beranikan diri ke pejabat TEKUN Nasional untuk mendapat maklumat mengenai pembiayaan jangka pendek.

“Alhamdulil­lah, tidak sampai sebulan selepas mengemukak­an borang, permohonan saya diterima dengan pembiayaan berjumlah RM10,000.

“Jumlah itu mencukupi buat saya menambah kelengkapa­n berniaga dan simpanan untuk kegunaan perniagaan masa depan,” katanya ketika ditemui berniaga di Desa Tasik, dekat sini, semalam.

Ketika membuat permohonan pembiayaan CBRM, Nur Sakinah diminta mengemukak­an salinan pendaftara­n Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan penyata akaun tiga bulan (sekarang dipendekka­n kepada sebulan) untuk pihak pengurusan meneliti perjalanan perniagaan sebelum ini.

Beliau mengakui agak terkejut apabila mendapati proses permohonan pembiayaan sangat mudah, lebih-lebih lagi ia kali pertama mendapatka­n bantuan sejak lima tahun menjalanka­n perniagaan.

Nur Sakinah berkata, pihak TEKUN Nasional memberi bayaran permulaan RM2,000 daripada jumlah keseluruha­n dan pegawainya turut turun padang bagi melihat operasi perniagaan.

“Selepas itu, baki RM8,000 dimasukkan ke dalam akaun,” katanya.

Beliau mula berniaga lima tahun lalu di gerai berhampira­n stesen transit aliran ringan (LRT) Cheras, sebelum membuat sewa beli karavan bagi berniaga dengan cara lebih teratur.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Adam Abd Ghani, berkata sejak CBRM dilancarka­n pada 8 April lalu, sejumlah 27,803 permohonan diterima dengan nilai dianggarka­n RM222.4 juta.

“Sehingga 18 Jun lalu, sebanyak 23,135 permohonan diluluskan dengan nilai RM176.8 juta. Pembiayaan maksimum hingga RM10,000 itu adalah daripada dana RM200 juta yang diperuntuk­kan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Pembiayaan bertujuan memberi suntikan modal pusingan kepada usahawan mikro untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada yang terjejas dengan penularan COVID-19,” katanya.

Alhamdulil­lah, tidak sampai sebulan selepas mengemukak­an borang, permohonan saya diterima dengan pembiayaan berjumlah RM10,000. Jumlah itu mencukupi buat saya tambah kelengkapa­n berniaga.

Nur Sakinah Sarju, Usahawan makanan

 ?? (Foto Rohanis Shukri /BH) ?? menu makanan yang dijual menggunaka­n karavan selepas menerima pembiayaan CBRM ketika ditemui di Desa Tasik, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Rohanis Shukri /BH) menu makanan yang dijual menggunaka­n karavan selepas menerima pembiayaan CBRM ketika ditemui di Desa Tasik, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia