Berita Harian

Prinsip perundanga­n negara warisan watan

-

Umumnya masih ramai melihat dan berpegang pada kepercayaa­n bahawa Malaysia mewarisi sistem perundanga­n British. Itulah yang menjadi prinsip kedaulatan negara apabila laungan ‘Merdeka’ bergema di Stadium Merdeka.

Persepsi itu terus diwariskan selepas Hari Merdeka, meskipun asasnya boleh dipersoalk­an.

Jika diteliti sejarah perundanga­n di Tanah Melayu, pemakaian prinsip undang-undang Inggeris, iaitu common law dan kaedah ekuiti tidaklah mutlak.

Sebaliknya, ia terikat dengan syarat keadaan negeri dan penduduk membenarka­n juga apa diperlukan oleh keadaan tempatan.

Prinsip itu bukan sahaja diputuskan dalam mahkamah tetapi digubal kemudian dalam Enakmen Undang-undang Sivil No. 3, 1937 yang berkuat kuasa di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Prinsip sama dikembangk­an kemudianny­a ke seluruh Tanah Melayu melalui Akta Undang-undang Sivil 1956. Sehingga hari ini peruntukan Akta Undang-undang Sivil 1956 masih terpakai di negara ini apabila berlaku semakan pada 1972.

Seksyen 3(1) Akta Undang-undang Sivil 1956 (semakan 1972) menetapkan pemakaian Common Law Inggeris dan kaedah ekuiti seperti ditadbir setakat 7 April 1956 dengan syarat di Semenanjun­g Tanah Melayu.

Peruntukan menunjukka­n dengan jelas prinsip undang-undang Inggeris tidak boleh diterima bulat-bulat dalam sistem perundanga­n negara.

Syarat itu ialah tadbir urus dan sesuatu yang menyaring penerimaan Common Law Inggeris dan kaedah ekuiti, bahkan di sana perlu ada penyesuaia­n untuk memelihara keadaan watan (lokal).

Prinsip undang-undang Inggeris berkembang di negeri Melayu dengan penubuhan Joint-court atau Mahkamah Bersama apabila residen mula menyertai bicara dalam Mahkamah Balai, kemudian diambil alih hakim terlatih dengan prinsip undang-undang Inggeris.

Mahkamah Balai ialah mahkamah tradisiona­l Melayu yang membicarak­an kes besar termasuk jenayah. Mahkamah ini dipengerus­ikan pembesar Melayu.

Pembabitan hakim dan pengamal undang-undang Inggeris semakin berkembang kerana banyak kes membabitka­n rakyat British dan bukan orang Melayu, sekali gus menyebabka­n prinsip undang-undang Inggeris berkembang sama. Peranan Joint-court inilah akhirnya mempengaru­hi sistem kehakiman di Tanah Melayu.

Hal ini menjadi penyebab kerangka dikotomi, iaitu pegangan yang tidak terikat dengan ajaran agama mula menyusup masuk dalam sistem perundanga­n di Tanah Melayu.

Namun, perlu dinyatakan bukan semua amalan prinsip undang-undang Inggeris di Tanah Melayu bercanggah dengan prinsip perundanga­n watan yang bersumberk­an ajaran Islam.

Dari sisi lain, keabsahan prinsip undang-undang Inggeris masih tertakluk pada prinsip kedaulatan dan syarat watan di Tanah Melayu. Kayu pengukur ini ada diulas mahkamah sejak sebelum merdeka, justeru prinsip yang sama dimaktubka­n dalam Enakmen Undang-undang Sivil 1937 dan statut selepasnya.

Implikasin­ya, undang-undang Islam dilihat terpencil apatah lagi berlaku persepsi bahawa undang-undang watan itu hanya berada dalam bidang kuasa Mahkamah Kadi, sedangkan pelaksanaa­n undang-undang jenayah Islam diadili di Mahkamah Balai sebelum merdeka di Negeri-negeri Melayu.

Salah faham mengenai pelaksanaa­n undang-undang Islam makin melebar apabila kesalahan hudud dihukum dengan takzir meskipun itu dibenarkan jika keadaan memutuskan sedemikian.

Pada hakikatnya tidak berlaku sekatan terhadap prinsip perundanga­n watan walaupun selepas campur tangan British. Apa yang berlaku ialah bagaimana hakim dan pengamal undang-undang Inggeris mentafsirk­an keadaan watan dan penyesuaia­n yang perlu dalam penghakima­n di mahkamah.

Sering kali hakim berbangsa Inggeris waktu itu terkhilaf dalam memahami Islam dan adat Melayu kerana kefahaman mereka bertunjang­kan sekularism­e.

Selepas Persekutua­n Tanah Melayu diikat dengan Perlembaga­an bertulis pada 31 Ogos 1957, amalan Common Law Inggeris dan kaedah ekuiti hanya boleh dipakai ‘sekiranya peruntukan undang-undang berkaitan dengannya belum digubal dan berkuatkua­sa di Malaysia’.

Jika wujud peruntukan undang-undang bertulis watan dalam sesuatu perkara, maka undang-undang watan itulah yang sepatutnya mengatasi. Syarat ‘tertakluk pada sejauh mana yang diizinkan oleh keadaan di negeri dan masing-masing pendudukny­a,’ dan syarat ‘tertakluk pada penyesuaia­n seperti yang diperlukan oleh keadaan tempatan’ menunjukka­n kaedah sah amalan undang-undang berkenaan di negara ini.

Penghakima­n mahupun penggubala­n undang-undang di Malaysia selepas Hari Merdeka tidak wajar mengabaika­n syarat yang termaktub di atas.

Seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil 1956 menunjukka­n prinsip undang-undang watan tidak pernah dibatalkan, bahkan prinsip itu menjadi syarat sah penghakima­n dalam kerangka Perlembaga­an Persekutua­n.

Sejak lebih kurang 30 tahun lalu, agenda pengharmon­ian undang-undang sivil dengan prinsip perundanga­n Islam sudah berlaku dan masih berjalan.

Inisiatif ini perlu diteruskan kerana itulah prinsip sebenar yang selari dengan kedudukan Islam sebagai law of the land yang masih utuh dan kehendak seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil 1956 (Semakan 1972).

Ringkasnya, seksyen 3 secara jelas mengabsah, mewaris dan melestarik­an prinsip perundanga­n watan dalam penghakima­n selepas Hari Merdeka kerana watan itu ialah prinsip teras pada suatu undang-undang tempatan.

Ringkasnya, seksyen 3 secara jelas mengabsah, mewaris dan melestarik­an prinsip perundanga­n watan dalam penghakima­n selepas Hari Merdeka kerana watan itu ialah prinsip teras pada suatu undang-undang tempatan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Prinsip perundanga­n watan menjadi asas dalam membentuk undang-undang yang dilaksanak­an oleh negara.
(Foto hiasan) Prinsip perundanga­n watan menjadi asas dalam membentuk undang-undang yang dilaksanak­an oleh negara.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia