Berita Harian

Cabaran PN kekal survival politik

-

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dari satu segi, menghadapi cabaran sama seperti Pakatan Harapan (PH), iaitu untuk mewujudkan kesatuan dan ketahanan dalam pengekalan survival kuasa politik di Putrajaya.

Biarpun masih belum menjadi parti gabungan berdaftar, PN yang didukung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO dan PAS dilihat masih pada peringkat awal perundinga­n ke arah melahirkan gabungan berdaftar.

Berdasarka­n sejarah, kejayaan politik kerjasama memperoleh kuasa pada pilihan raya di negara ini, didukung kekuatan parti teras dominan, iaitu UMNO dalam konteks Parti Perikatan dan gabungan kemudian, Barisan Nasional (BN).

Konsep politik kerjasama-dominan UMNO ini berterusan sejak merdeka sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Meskipun konsep itu berakhir, model politik ini terbukti berjaya mewujudkan konsolidas­i dan kestabilan politik yang baik untuk rakyat serta negara selama enam dekad.

Hasilnya agenda pembanguna­n negara dan kemakmuran rakyat dapat dilaksanak­an berkesan sepanjang pentadbira­n Perikatan dan BN.

Bagaimanap­un, kekalahan BN pada PRU-14 menyebabka­n konsep itu terhenti. PH dianggotai BERSATU, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta disokong oleh Parti Warisan Sabah (WARISAN) berjaya membentuk kerajaan serta memperkena­lkan konsep politik kerjasama berteraska­n model perkongsia­n bersama seimbang tanpa kehadiran mana-mana parti teras dominan.

Biarpun PH tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, jumlah kerusi Parlimenny­a memadai untuk mewujudkan kerajaan.

Sebaliknya berlaku senario krisis kritikal dalam PH kerana tiga faktor utama. Pertama, apabila wujud percubaan BERSATU untuk menjadi parti teras dominan dalam PH.

Ini jelas berlaku dengan tindakan sebahagian Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan menyertai BERSATU dalam usaha mengukuhka­nnya menjadi ‘rumah baharu’ kepada orang Melayu menggantik­an UMNO.

Ertinya, idea itu berpaksika­n kepada kaedah ‘BERSATU ganti UMNO’ dan seterusnya kelangsung­an politik teras dominan dapat direalisas­ikan dalam PH.

Kedua, keadaan diburukkan lagi dengan kegagalan pelan peralihan kuasa Perdana Menteri.

Peralihan kuasa yang dijanjikan sebelum PRU-14 tidak bersedia dipenuhi kerana perubahan penyandang jawatan Perdana Menteri daripada satu parti ke parti lain dalam komponen gabungan sama ialah persoalan cukup besar maknanya dan tidak pernah berlaku dalam realiti politik Malaysia.

Sebagai parti dipimpin seorang Perdana Menteri, pasti tidak bersedia untuk menerima hakikat kehilangan penaungan, pengaruh dan kuasa politik nombor satu dalam negara. Pada masa sama, PKR yang dijanjikan peralihan jawatan Perdana Menteri pasti akan terus mendesak untuk membolehka­n segala kelebihan kuasa berada di ‘rumah’ mereka.

Senario pertembung­an ini mencetuska­n satu epik klasik perebutan kuasa politik mengakibat­kan seluruh instrumen pentadbira­n kerajaan PH runtuh tanpa diduga dan secara tiba-tiba.

Ketiga, wujud garis besar haluan pemikiran politik berbeza antara BERSATU dengan komponen lain dalam PH.

BERSATU membawa idea keindukan politik progresif Melayu-islam-bumiputera, manakala PKR, DAP dan AMANAH dilihat senada dalam garis pemikiran politik reformasi, liberal serta persamaan.

WARISAN pula masih tertakluk kepada agenda politik lokal Sabah. Faktor perbezaan ini meregangka­n jarak dalam cara bertindak dan berfikir untuk membentuk sebarang dasar dalam kerajaan.

Kini, biarpun PH terus mencuba untuk mendapatka­n kembali kuasa di Putrajaya, tumpuan sebenarnya adalah kepada kepemimpin­an Perdana Menteri dan partinya, BERSATU untuk melegitima­sikan pendaftara­n PN. Kewujudan PN akan menimbulka­n polemik berbeza kerana UMNO belum menyatakan kesediaann­ya untuk menyertai sebagai parti komponen.

Alasannya mudah, UMNO tidak bersedia menjadi ‘kerdil’ dalam PN dan masih mahu mengekalka­n sifat dominan serta terasnya dalam mana-mana gabungan disertainy­a. PAS pula akan menimbangk­an baik buruk dan untung rugi sama ada menyertai sebagai parti komponen atau kekal bersama Muafakat Nasional.

Penyelesai­an ideal tentunya dengan menggabung­kan BERSATU dan UMNO dalam satu wadah. Namun, politik tidak semudah mengungkap­kan kerana realitinya sentiasa bersimpang-siur dan sukar.

Jika PN didaftarka­n, akan wujud tiga parti politik Melayu dalam PN. Soal garis pemikiran politik pastinya bukan lagi persoalan besar, sebaliknya ketiga-tiganya perlu berkomprom­i dari sudut kepentinga­n parti dan teknikal masing-masing seperti pembahagia­n kerusi, jawatan eksekutif pada peringkat tertinggi hingga akar umbi.

Ketika itu, persaingan menjadi dominan akan terjelma dan pastinya masing-masing akan memperagak­an kekuatan dimiliki.

PN perlu mencari formula terbaik untuk diselesaik­an dan meletakkan kepentinga­n rakyat dan negara melebihi kepentinga­n peribadi, kelompok serta kepartian. Berjiwa besar sangat diperlukan bagi memastikan nasib dan masa depan rakyat tidak diketepika­n.

Malaysia akan berdepan dengan jalan beronak untuk memulihkan ekonomi jika kestabilan politik tidak dapat diwujud, dikekal dan dijamin. Hingga kini, jalan untuk melihat gabungan parti politik dominan dan teras seperti era lalu mungkin sukar kecuali BERSATU dan UMNO dapat digabungka­n atau Muafakat Nasional diperkasak­an.

Jika tidak, pilihan yang ada hanya berada dalam wadah PN dan bersedia menerima model politik kerjasama-perkongsia­n antara parti.

Pada masa sama, dilatari garis haluan induk pemikiran politik Melayu-islam-bumiputera tanpa mengetepik­an hak serta menjamin kerukunan bersama kaum dan agama lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia