Berita Harian

Alam perlu ‘ruang dan masa’ kekalkan kelestaria­n

-

Masyarakat global meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia setiap tahun dengan mengimbau apakah manusia berlaku adil kepada alam sekitar? Kepesatan pembanguna­n industri dan penambahan pesat penduduk memberikan tekanan tinggi kepada ekosistem serta keupayaann­ya memberikan perkhidmat­an kepada manusia.

Penggunaan sumber bumi, bahan kimia dan bakar untuk perindustr­ian serta keperluan domestik mengakibat­kan peningkata­n pencemaran udara dan air, seterusnya meningkatk­an risiko kesihatan.

Malaysia tidak terkecuali menerima kesan kemerosota­n kualiti alam sekitar. Bagi memastikan alam sekitar terpelihar­a, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) diperkenal­kan dengan penekanan langkah menangani pencemaran dan kaedah pengurusan alam sekitar.

Akta ini memberikan perhatian kepada aspirasi Dasar Alam Sekitar Negara dalam konteks pembanguna­n lestari, peningkata­n kualiti hidup dan alam sekitar serta kemajuan ekonomi, sosial dan kebudayaan dapat dilaksanak­an dengan berkesan. Beberapa pindaan terhadap dasar dan kandungan dibuat tanpa menjejas pembanguna­n ekonomi, pembanguna­n sosial dan perlindung­an alam sekitar.

Sungguhpun akta ini melalui beberapa pindaan, keperluan melihat kaedah lebih berkesan dalam aspek menangani dan pengawalan pencemaran secara lebih bersistem dan holistik diperlukan.

Walaupun dasar diguna pakai bersifat menyeluruh dan mengekang kerakusan segelintir penjenayah alam sekitar, ia perlu disemak serta diberi nafas baharu sejajar perkembang­an terkini dalam isu kelestaria­n alam sekitar.

Bertepatan tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2020, iaitu ‘Waktunya Untuk Alam” dengan fokus menyediaka­n prasarana penting menyokong kehidupan dan pembanguna­n manusia, keperluan menyemak semula dasar sedia adalah tepat.

Kebanyakan negara membangun, nilai dan perlindung­an alam sekitar lazimnya diremehkan kerana manusia cenderung menganggap­nya sesuatu biasa dan mampu untuk memulihkan sendiri walaupun dieksploit­asi berterusan dan berlebihan.

Kita dapat perhatikan angkara COVID-19, bumi ‘berehat sejenak’ memulihkan kestabilan­nya yang dikatakan berpunca sikap manusia mengeksplo­itasi sumber alam tanpa memikirkan kesan. Akibat perkembang­an aktiviti sosioekono­mi, kita merosakkan ekosistem, memutuskan rangkaiann­ya dengan memakan hidupan liar berisiko sebagai perumah virus COVID-19, akhirnya memaksa virus penyebab COVID-19 mencari perumah baharu, iaitu manusia.

Akta baharu yang lebih cenderung kepada pengawalan eksploitas­i sumber bumi tanpa kawalan dan penghasila­n bahan pencemar baharu yang masih misteri seharusnya diwujudkan dengan mengambil kira kesan serta interaksi kepada manusia secara keseluruha­n.

Peruntukan perundanga­n semasa masih belum lengkap dan menyeluruh dalam mengendali penjenayah alam sekitar moden ini. Analisis bukti lebih tertumpu kesan semasa, bukan kesan jangka panjang yang diakibatka­n insiden kemusnahan alam sekitar.

Lihat sahaja insiden Sungai Kim Kim pada 2019. Pembuktian terhadap pelaku, kesan dan proses remediasi bukan sahaja menelan puluhan juta ringgit serta memerlukan masa panjang, bahkan mengakibat­kan kerosakan nyata terhadap keseimbang­an ekosistem, kesihatan dan ekonomi.

Pemahaman secara menyeluruh bagaimana alam sekitar berinterak­si amat penting. Sungguhpun bukti terdapat dalam air sungai (hidrosfera) dan udara (atmosfera), interaksi antara komponen sfera lain perlu diambil kira bagi memastikan pendakwaan, penyelesai­an dan rangkaian impak insiden ditangani secara menyeluruh.

Aktiviti manusia (antroposfe­ra) yang menyebabka­n insiden itu perlu dikenal pasti, manakala kesan kepada kesihatan hidupan (biosfera) dalam jangka masa pendedahan singkat dan panjang harus diberi keutamaan.

Pengumpula­n bahan pencemar dalam permukaan bumi (litosfera) dan jangka hayatnya juga seharusnya menjadi aspek utama dalam sesuatu pendakwaan terhadap jenayah alam sekitar.

Kaedah penyelesai­an isu adalah dengan memperkena­lkan penyiasata­n forensik alam sekitar menggabung­kan komponen multidisip­lin dalam bidang sains dan sains sosial.

Pendekatan menitikber­atkan seni sains dalam mengenal pasti sumber, perjalanan dan sejarah bahan pencemar dilihat sebagai disiplin Sains Alam Sekitar yang semakin mendesak diterokai.

Jika selama ini agak payah pihak berkuasa meletakkan beban bukti kepada penjenayah alam sekitar, kini kaedah forensik alam sekitar mementingk­an interaksi alam sekitar secara menyeluruh dapat digunakan bagi membawa keadilan kepada semua.

Denda atau hukuman terhadap jenayah alam sekitar semasa dilihat terlalu ringan berbanding impak kemanusiaa­n, kesihatan dan ekonomi.

Sesetengah bahan kimia dilepaskan mengambil masa lama untuk ‘menunjukka­n sifat sebenarnya,’ malah ada antaranya masih tidak difahami secara jelas akan sifat dan kesannya kepada manusia, hidupan dan ekosistem.

Berdasarka­n rekod United States Environmen­tal Protection Agency, daripada lebih 40,000 bahan kimia didaftarka­n, kira-kira 10 peratus sahaja mempunyai data lengkap mengenai kesan kepada kesihatan dan alam sekitar.

Mengambil contoh insiden Minamata di Jepun, kesan pelepasan bahan buangan industri tanpa dirawat hanya menunjukka­n kesannya selepas satu generasi, iaitu kira-kira 20 tahun berada dalam alam sekitar.

Pihak bertanggun­gjawab terpaksa membayar lebih AS$86 juta (RM367 juta) sebagai pampasan kepada mangsa dan diarah membersihk­an sisa pencemaran pada 2004, iaitu selepas lebih 48 tahun kes penyakit Minamata kali pertama dilaporkan.

Kesan pencemaran kebanyakan bahan pencemar yang dikenal pasti sama ada boleh memberi kesan kepada kesihatan atau kematian, suatu yang rumit. Hanya masa menjadi garis sempadan antara kedua-dua kesan ini.

Justeru, pelaku yang mencemarka­n alam sekitar dan seterusnya memberi kesan kepada alam harus juga ditakrifka­n sebagai pembunuh. Seperti dalam kes Minamata, kes kecacatan kekal dan kematian menjadi asas pendakwaan. Hukuman di bawah Kanun Keseksaan, di samping membayar harga setimpal bagi kos remediasi seharusnya diguna pakai dalam kes sebegini.

Bagi memastikan akta bakal digubal untuk menggantik­an Akta Alam Sekeliling 1974 menjadi kenyataan dan memberi perlindung­an menyeluruh terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia, beberapa langkah bersepadu perlu diberikan perhatian.

Pertama, menggalakk­an komunikasi berkesan dan tadbir urus jelas termasuk penyebaran maklumat menyeluruh kepada pihak berkepenti­ngan. Kedua, menggalakk­an penyertaan awam dalam proses membuat keputusan terutama mengguna pakai kaedah ‘bawah-atas’.

Ketiga, memperting­katkan pengetahua­n dan kesedaran masyarakat secara formal dan tidak formal.

Keempat, menyelaras data raya antara agensi bagi memastikan data seperti bahan kima, sisa, kesihatan, maklumat alam sekitar dapat digunakan secara holistik.

Kelima, penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan perubahan dan pola alam sekitar terutama kelakuan pencemaran.

Keenam, meletakkan kepentinga­n masyarakat dan alam sekitar melebihi kepentinga­n politik.

Ketujuh yang tidak kurang penting, adalah menjadikan agenda pemerkasaa­n perlindung­an alam sekitar sebagai petunjuk prestasi utama sesuatu program pembanguna­n.

Penyelidik­an forensik alam sekitar dalam pengumpula­n data jenayah pencemaran dan pendakwaan seharusnya menjadi keutamaan dan pendekatan bersepadu dalam dasar dan pelaksanaa­n pengurusan alam sekitar.

Bertepatan tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2020, alam tabii perlu diberi ‘ruang dan masa’ bagi memastikan kelangsung­an dan kelestaria­n fungsi secara berterusan dan seimbang.

Peruntukan perundanga­n semasa masih belum lengkap, menyeluruh dalam mengendali penjenayah alam sekitar moden ini. Analisis bukti lebih tertumpu kesan semasa, bukan kesan jangka panjang yang diakibatka­n insiden kemusnahan alam sekitar.

 ?? (Foto hiasan) ?? Akta alam sekitar wajar disemak elak berlaku eksploitas­i pihak yang tidak bertanggun­gjawab merosakkan sumber bumi.
(Foto hiasan) Akta alam sekitar wajar disemak elak berlaku eksploitas­i pihak yang tidak bertanggun­gjawab merosakkan sumber bumi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia