Berita Harian

Henti kerah kanak-kanak jadi buruh

- Aneey Rahayu Sulaiman, Pusat Kecemerlan­gan dan Kepimpinan Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Situasi COVID-19 memberi impak kepada ekonomi dan menjejaska­n sumber pencarian masyarakat. Secara tidak langsung, kanak-kanak turut terbabit dalam pekerjaan demi kelangsung­an hidup.

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menganggar­kan kanak-kanak didorong bekerja apabila sekolah ditutup ketika pandemik. Terdapat 218 juta kanak-kanak seluruh dunia berusia antara lima hingga 17 tahun bekerja setiap hari.

Majoriti kanak-kanak ini hidup miskin dan dipaksa menyara keluarga. Pendidikan dan kebajikan mereka tidak diendahkan.

Antara sektor pekerjaan membabitka­n kanak-kanak ialah pertanian, perkhidmat­an, industri dan pengeluara­n serta domestik. Lebih malang, segelintir kanak-kanak turut terperangk­ap dalam kegiatan buruh paksa, perhambaan dan eksploitas­i seksual. Persekitar­an pekerjaan berbahaya mampu mengancam nyawa kanak-kanak.

Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) menganggar­kan 22,000 kanak-kanak maut setiap tahun ketika bekerja. Benua yang mempunyai paling ramai buruh kanak-kanak ialah Afrika dengan 72.1 juta diikuti Asia dan Kepulauan Pasifik (62.1 juta) dan Amerika (10.7 juta).

Sektor paling banyak membabitka­n buruh kanak-kanak ialah pertanian. Sebagai contoh, kanak-kanak dikerah bekerja di ladang koko di Afrika Barat. Hasil koko itu pula dieksport ke negara maju bagi tujuan pengilanga­n dan pasaran coklat.

Afrika Barat menyumbang 70 peratus kepada hasil koko di dunia. Kesannya, kanak-kanak seawal usia 5 tahun yang bekerja tidak dapat berjumpa keluarga selama bertahun-tahun.

Mereka perlu belajar menggunaka­n gergaji dan parang untuk mengutip hasil koko, bukan memegang pensel atau buku seperti kanak-kanak lain di sekolah.

Di negara ini, undang-undang melindungi kanak-kanak dalam sektor pekerjaan ialah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Akta 350). Akta ini mentakrifk­an kanak-kanak di bawah usia 15 tahun, manakala orang muda dalam lingkungan usia 16 sehingga 18 tahun.

Berdasarka­n Seksyen 2(2), kanak-kanak dibenar terbabit dalam pekerjaan dijalankan keluargany­a, pekerjaan hiburan awam yang mengikut syarat permit, pekerjaan dilaksanak­an di sekolah, institusi latihan atau kapal latihan atau pekerjaan di bawah kontrak aprentis.

Ini menunjukka­n kelonggara­n diperuntuk­kan undang-undang. Namun, kanak-kanak dilarang dalam pekerjaan berbahaya, berisiko tinggi dan tidak bermoral. Masa bekerja bagi kanak-kanak juga diperketat­kan agar tidak melebihi enam jam sehari dan rehat setiap tiga jam bekerja.

Majikan yang melanggar akta ini boleh dihukum di bawah Seksyen 14, iaitu penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Majikan diharap mematuhi undang-undang dikuatkuas­akan. Tindakan mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak atas alasan upah lebih rendah perlu dibanteras.

Zaman kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan ceria tanpa menggalas sebarang tanggungja­wab. Ibu bapa juga perlu lebih berdikari dalam mencari mata pencarian tanpa membabitka­n anak.

Mari kita jayakan bersama hari menentang buruh kanak-kanak yang disambut setiap 16 Jun secara global sejak 2002 hasil usaha keras ILO membangkit­kan kesedaran terhadap kegiatan buruh kanak-kanak.

Tema tahun ini, ‘COVID-19: Lindungi Kanak-kanak daripada Menjadi Buruh Kanak-kanak, Kini Lebih dari Sebelumnya!’ perlu disemarakk­an.

Kita mahu kanak-kanak tidak lagi membimbit bakul menjual tisu dan membasuh kereta demi wang saku, malah meminta sedekah dengan menahan malu.

Amalan ini perlu dihentikan kerana minda kanak-kanak perlu diasuh, bukan memperguna­kan tenaga secara paksa mereka.

 ?? (Foto hiasan) ?? keluarga. Ramai kanak-kanak keluarga miskin menjadi buruh untuk menyara
(Foto hiasan) keluarga. Ramai kanak-kanak keluarga miskin menjadi buruh untuk menyara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia