Berita Harian

SPR benar ceramah, ziarah ketika kempen

Penganjur tetap dikehendak­i patuhi SOP

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) membenarka­n calon dan parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, mengadakan ceramah, tinjauan mesra serta ziarah rumah ke rumah ketika berkempen.

Pengerusin­ya, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata kebenaran itu diberikan susulan beberapa kelonggara­n yang diumumkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa lalu.

Katanya, calon dan parti yang mengadakan ceramah dihadkan kapasiti tidak lebih 250 orang pada satu masa serta hanya boleh diadakan di premis tertutup.

Beliau berkata, penganjur perlu memastikan pematuhan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, penggunaan sanitasi tangan, saringan suhu badan serta pengambila­n rekod kehadiran yang teratur.

“Bagi aktiviti kempen rumah ke rumah dan tinjauan mesra pula, hanya tiga orang dibenarkan, sama ada calon atau penyokong parti pada satu masa dan tempat.

“Aktiviti bersentuha­n atau bersalaman dengan bakal pengundi sama sekali tidak dibenarkan dan calon serta wakil calon terbabit dengan kempen ziarah program walkabout perlu mematuhi peraturan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Azhar berkata, calon PRK itu juga digalakkan memaksimum­kan kaedah kempen secara dalam talian atau melalui saluran media sosial.

Katanya, SPR turut memberi kelonggara­n lain seperti calon atau parti dibenarkan mewujudkan satu bilik jawatankua­sa atau bilik gerakan utama, manakala bilik gerakan

Bagi aktiviti kempen rumah ke rumah dan walkabout (tinjauan mesra) pula, hanya tiga orang dibenarkan, sama ada calon atau penyokong parti pada satu masa dan tempat.

kecil atau tempat berkumpul lain bagi calon atau parti, tidak dibenarkan.

Beliau berkata, hebahan mengenai garis panduan bagi PRK itu boleh dirujuk di laman sesawang SPR www.spr.gov.my.

“SPR melalui tiga pasukan pemantau kempen pilihan raya (PPKPR) akan memantau semua aktiviti calon ketika berkempen, termasuk pematuhan garis panduan pencegahan COVID- 19.

“Semua pihak diingat patuh undang-undang, peraturan, etika kempen dan garis panduan cegah COVID-19 sepanjang tempoh kempen bermula selepas perisytiha­ran calon pada 20 Jun sehingga jam 11.59 malam 3 Julai,” katanya.

Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Azhar (kanan) meninjau persiapan petugas menjelang hari penamaan calon PRK DUN Chini di Institut Kemahiran Belia Negara, Pekan, semalam.
(Foto BERNAMA) Azhar (kanan) meninjau persiapan petugas menjelang hari penamaan calon PRK DUN Chini di Institut Kemahiran Belia Negara, Pekan, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia