Berita Harian

Peserta Orang Asli Gumum bersyukur impian tercapai

-

Pekan: Peserta yang menerima surat tawaran Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Khas Kampung Orang Asli Gumum, Chini berasa bertuah apabila terpilih menyertai program pembanguna­n tanah perintis yang akan dimajukan kerajaan negeri itu.

Penduduk yang kebanyakan­nya yang terdiri masyarakat Orang Asli bersyukur dan berterima kasih atas keprihatin­an kerajaan negeri yang merealisas­ikan impian mereka sejak empat tahun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Orang Asli Gumum, Nashita Dewi K Paramanant­ham, 30, berkata permohonan bagi RTK Khas berkenaan dibuat sejak 2016 sebelum diluluskan pada 2018 lalu.

Beliau difahamkan pelaksanaa­n projek itu tertangguh selepas

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Kami kemudian dimaklumka­n oleh kerajaan negeri bulan lalu bahawa permohonan tanah seluas 323.75 hektar bagi RTK itu sudah diluluskan.

“Hanya perasaan gembira dapat dikatakan kerana ia cukup bermakna dan satu pencapaian yang besar bagi JKKK kampung ini,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran kepada 133 peserta RTK Khas yang disempurna­kan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kelmarin.

Nashita Dewi berkata, dalam suasana gembira, mereka turut sedih dan terharu terutama apabila bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Allahyarha­m Datuk Seri Abu Bakar Harun antara pemimpin yang mencetus idea untuk RTK khas itu tidak bersama ketika projek berkenaan dilaksanak­an tidak lama lagi.

Juliana Puling, 44, turut berkongsi perasaan gembira apabila turut terpilih menerima surat tawaran untuk RTK Khas itu.

Katanya, mereka sudah berusaha dan menunggu sejak empat tahun lalu untuk melihat projek itu dilaksanak­an mengikut apa yang dirancang.

“Usaha dan penantian penduduk Kampung Gumun selama ini terbalas apabila menerima surat tawaran yang disampaika­n oleh menteri besar,” katanya yang tidak sabar untuk melihat projek itu menjadi kenyataan.

RTK Khas itu adalah program pembanguna­n tanah perintis yang dimajukan kerajaan negeri melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri untuk membangun dan menguruska­nnya.

 ?? (Foto Mohd Rafi Mamat/bh) ?? Wan Rosdy menyampaik­an surat tawaran Rancangan Tanah Kelompok RTK Khas kepada Nashita Dewi di Kampung Orang Asli Gumum, Chini, semalam.
(Foto Mohd Rafi Mamat/bh) Wan Rosdy menyampaik­an surat tawaran Rancangan Tanah Kelompok RTK Khas kepada Nashita Dewi di Kampung Orang Asli Gumum, Chini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia