Berita Harian

8,000 ahli PKR Sabah umum keluar parti

-

Putatan: Kira-kira 8,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh Sabah mengumumka­n keluar parti, berkuat kuasa semalam.

Kumpulan besar itu dikatakan turut membabitka­n mereka yang memegang jawatan dalam parti termasuk timbalan dan naib ketua PKR cabang, setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan ahli jawatan kuasa cabang daerah.

Bekas Pengarah Tugas-tugas Khas PKR Sabah yang mengetuai kumpulan terbabit, Datuk Nani Sakam, berkata pihaknya mengambil keputusan terbabit berikutan hilang kepercayaa­n terhadap pucuk pimpinan.

“Kami keluar parti kerana sudah hilang kepercayaa­n terhadap pucuk pimpinan terutama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

“Kami selaku ahli tidak dijaga sedangkan kami bekerja untuk mereka. Apabila kita menganggot­ai pertubuhan atau organisasi, perlulah dijaga kerana kami sudah lama bersama PKR.

“Oleh itu, kami ambil keputusan keluar parti dengan kerelaan hati sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Keluar daripada parti politik adalah sesuatu yang normal,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sudah memaklumka­n tindakan keluar parti itu kepada Ketua Cabang PKR Putatan yang juga Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari, kelmarin.

Nani berkata, mereka tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa ini dan bergerak sebagai rakyat biasa yang mematuhi Kerajaan Persekutua­n dan negeri.

Sementara itu, keadaan kecoh seketika apabila beberapa individu dipercayai penyokong PKR cuba mengganggu sidang media berkenaan, namun keadaan dapat dikawal tanpa sebarang insiden.

 ?? (Foto Malai Rosmah Tuah/bh) ?? Nani (empat dari kanan) bersama sebahagian bekas pemimpin PKR pada sidang media pengisytih­aran keluar PKR di Putatan, semalam.
(Foto Malai Rosmah Tuah/bh) Nani (empat dari kanan) bersama sebahagian bekas pemimpin PKR pada sidang media pengisytih­aran keluar PKR di Putatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia