Berita Harian

Ilmuwan PHD gesa akur sistem politik Malaysia

Gabungan minta orang ramai henti propaganda gugat kestabilan politik

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Gabungan 115 ilmuwan doktor falsafah (PHD) institusi pengajian tinggi (IPT) menyeru semua pihak akur kepada sistem politik Malaysia yang berteraska­n kedaulatan Raja, keluhuran perlembaga­an dan sistem demokrasi berparlime­n.

Gabungan itu turut meminta orang ramai menghentik­an sebarang propaganda dan usaha yang boleh menggugat kestabilan politik demi memastikan kesejahter­aan rakyat serta kemajuan negara terpelihar­a.

Gabungan 115 ilmuwan PHD terdiri daripada dua Profesor Emeritus, 21 Profesor, 35 Profesor Madya dan 57 pensyarah kanan, termasuk Felo Penyelidik Utama Lestari-universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo serta pakar arkeologi, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.

Mereka turut menyeru semua pihak memberi penghormat­an dan sokongan kepada kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami menyeru semua pihak mengangkat tinggi nilai kemanusiaa­n dan keagamaan, melaksanak­an urus tadbir yang baik serta memastikan kontrak sosial dan peruntukan teras Perlembaga­an Persekutua­n, khususnya identiti nasional kita yang berlandask­an identiti Melayu-muslim,

Pihak berkuasa perlu ambil tindakan yang amat tegas bagi menjaga perpaduan dalam kalangan semua rakyat serta bagi memelihara keamanan dan keharmonia­n negara.

dipatuhi pada setiap masa.

“Justeru, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang amat tegas bagi menjaga perpaduan dalam kalangan semua rakyat serta bagi memelihara keamanan dan keharmonia­n negara termasuk dengan menguatkua­sakan undang-undang sedia ada dan memperkena­lkan undang-undang baharu bagi menghukum mereka yang menggugat kestabilan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, parti politik yang membentuk kerajaan perlu bergabung secara rasmi di dalam wadah Perikatan Nasional (PN) yang perlu didaftar bagi membolehka­n ia berfungsi dengan lebih berkesan dalam mencari penyelesai­an kepada segala permasalah­an rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Selain itu, semua parti pembangkan­g diseru bergabung secara rasmi dalam wadah Pakatan Harapan (PH) dan membentuk Kabinet bayanganny­a sendiri bagi membolehka­nnya berfungsi dengan lebih berkesan memainkan peranan semak dan imbang yang sihat serta membina kepada kerajaan semasa.

Kenyataan gabungan 115 ilmuwan PHD IPT

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia