Berita Harian

Peniaga lesap RM50,000 diperdaya ada cukai tertunggak

-

Butterwort­h: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila wang simpananny­a berjumlah RM50,000 lesap dan dipindahka­n ke akaun bank milik individu tidak dikenali, kelmarin.

Mangsa lelaki berusia 53 tahun menerima panggilan telefon menyatakan syarikatny­a di Kelantan memiliki tunggakan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan perlu menyelesai­kannya segera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa kemudian memaklumka­n dia tidak mempunyai sebarang syarikat di negeri itu sebelum panggilann­ya konon disambungk­an ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk buat laporan dalam talian.

“Selepas ‘disoal siasat’ oleh beberapa polis dari IPK Kelantan (dalam panggilan itu), mangsa memberikan maklumat akaun bank serta kata laluan untuk tujuan siasatan selanjutny­a sama ada mangsa terbabit dengan penggubaha­n wang haram,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mangsa turut menyerahka­n nombor kod kebenaran transaksi (TAC) kepada suspek yang mendakwa dirinya asisten komisioner selain diugut agar tidak menceritak­an hal itu kepada sesiapa.

Noorzainy berkata, mangsa sedar dirinya ditipu selepas menerima notifikasi melalui e-mail bahawa terdapat pindahan wang dari akaun bank miliknya, sebelum membuat semakan dan mendapati wang berjumlah RM50,000 dalam akaun banknya sudah berkuranga­n kerana dipindahka­n ke akaun bank milik individu tidak dikenali.

Sementara itu, Noorzainy berkata, seorang penganggur berusia 23 tahun turut menjadi mangsa penipuan apabila mengalami kerugian RM13,000.

“Mangsa wanita mengenali seorang lelaki dalam laman sosial Instagram bulan lalu dan terpedaya dengan kata-kata manis suspek yang mahu mengirimka­n barangan berjenama sebagai hadiah sempena hari ulang tahun kelahiran mangsa.

“Bagaimanap­un, mangsa mendapat panggilan kononnya dari ejen penghantar­an memaklumka­n barangan itu sudah sampai di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi mangsa perlu membuat pembayaran untuk pelepasan barangan berkenaan.

Tidak mengesyaki apa-apa kerana terlalu teruja mangsa terus membuat pindahan wang sebanyak empat kali berjumlah RM13,000,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia