Berita Harian

Kastam rampas 9 kontena arak RM8.2J

-

Petaling Jaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menumpaska­n satu sindiket penyeludup­an minuman keras bernilai RM8.2 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, pada 12 Jun lalu.

Ia susulan kejayaan merampas sembilan kontena mengandung­i arak pelbagai jenama dianggarka­n bernilai RM2.6 juta dan cukai RM5.6 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf, berkata rampasan membabitka­n 165,000 liter minuman keras.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mendapat bantuan ejen perkapalan untuk memanipula­si data dalam sistem pelabuhan bagi mengaburi pihak Kastam.

“Sindiket itu juga menggodam kata laluan sistem pelabuhan pegawai Kastam untuk meminda status kontena yang ditahan kepada release.

“Bagaimanap­un, kecekapan anggota Kastam berjaya menggagalk­an rancangan mereka.

“Ejen perkapalan terbabit sudah dikenal pasti dan tindakan mengesan ejen berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Kastam Wilayah Persekutua­n Zon Tengah, di sini, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksesais 1967.

Zulkurnain berkata, pihaknya akan terus menjalanka­n operasi mengesan kegiatan penyeludup­an barangan khususnya rokok dan minuman keras secara lebih agresif di seluruh negara.

“Kastam ada bahagian risikan bagi memburu sindiket termasuk mereka yang pernah lolos sebelum ini.

“Kita lihat hukuman dikenakan sekarang amat berat berbanding sebelum ini. Mereka akan dikenakan penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau minimum denda RM100,000,” katanya.

 ?? (Foto aziah Azmee/bh) ?? Anggota kastam merampas arak yang diseludup dalam sembilan kontena di Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya.
(Foto aziah Azmee/bh) Anggota kastam merampas arak yang diseludup dalam sembilan kontena di Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia