Berita Harian

10,000 penduduk Lipis terputus bekalan air

Tiga pam loji rawatan rosak sudah dibawa ke Kuantan untuk dibaiki

- Oleh Roselan Ab Malek bhnews@bh.com.my

Lipis: Kira-kira 10,000 penduduk terjejas dan terputus bekalan air berikutan tiga pam Loji Rawatan Air (LRA) Kechau Enam, Padang Tengku, di sini, rosak sejak dua hari lalu.

Pengguna adalah pemegang akaun Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), iaitu kawasan Perindustr­ian Kechau Tui, Kampung

Seberang Jelai, Kampung Kechau Tui, Bandar Baharu Seberang Jelai Lipis dan seluruh mukim Kechau kawasan Padang Tengku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long, berkata ketiga-tiga unit pam itu sudah dibawa ke Kuantan untuk dibaiki, manakala bekalan air dijangka pulih.

“Sebagai alternatif, pihak PAIP Lipis sedang dan sudah menghantar

Mustapa (kanan)

bantuan air menerusi lima lori tangki secara berperingk­at ke kawasan terbabit.

“Namun, pihak petugas PAIP di sini mempunyai kekangan tertentu untuk menangani masalah ini serentak dan saya berharap penduduk terbabit dapat bersabar,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kechau Tui, Mohd Mazalan Aziz, berkata 900 penduduk di situ putus bekalan air sejak dua hari lalu.

“Kita bersimpati kepada pengguna warga emas mengalami penyakit angin ahmar dan pesakit tertentu, anak kecil dan ahli keluarga ramai yang cukup terkesan apabila terputus bekalan air.

“Kami berharap bekalan air segera pulih dan berterima kasih kepada wakil rakyat Padang Tengku dan PAIP Lipis yang berusaha bersungguh menangani masalah itu,” katanya.

 ?? (Foto Roselan Ab Malek/bh) ?? hari lalu. meninjau kerosakan Loji Air Kechau 6, Lipis yang menyebabka­n bekalan air terputus sejak dua
(Foto Roselan Ab Malek/bh) hari lalu. meninjau kerosakan Loji Air Kechau 6, Lipis yang menyebabka­n bekalan air terputus sejak dua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia