Berita Harian

PNB tubuh pasukan siasatan

-

Permodalan Nasional Bhd (PNB) menubuhkan pasukan siasatan bagi menyiasat dakwaan terdapat percanggah­an berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a (CEO).

Dalam kenyataann­ya, PNB berkata, satu jawapan awal sudah diberikan kepada Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) semalam dan jawapan lebih terperinci akan diberikan selepas siasatan selesai dalam masa terdekat ini.

“PNB akan terus memberikan kerjasama penuh kepada SC dan pihak berkuasa berkaitan lain berhubung perkara ini, seperti yang dilaksanak­an dalam semua urus niaga terdahulu bersama pihak berkuasa kawal selia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia