Berita Harian

OCR, PKNP tubuh JV sertai projek ECRL

-

Pengerusi FGV

OCR Group Bhd, menerusi syarikat sekutu 40 peratus miliknya, Landasan Surimas Sdn Bhd memeterai perjanjian usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) untuk menubuhkan syarikat usaha sama (JV) 70:30, Taraf Raya.

Penubuhan JV itu adalah untuk melaksanak­an kerja mekanikal dan sivil, tidak termasuk kerja terowong berkaitan dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang, tertakluk kepada kontrak akhir yang akan dimeterai antara Taraf Raya, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communicat­ions Constructi­on (ECRL) Sdn Bhd.

OCR dalam kenyataann­ya berkata, ia turut melantik Yayasan Pahang untuk melaksanak­an perundinga­n pengurusan projek, yang termasuk menyelia skim perumahan mampu milik merangkumi 25,000 unit kediaman dalam tempoh 15 tahun akan datang.

“Ini termasuk pembanguna­n projek PRIYA Scheme Kuantan milik OCR yang dijangka disiapkan pada 2021,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

OCR berkata, sebelum mengambil tanggungja­wab ini, ia sudah mengiktira­f potensi Pahang sebagai hab ekonomi yang pesat berkembang menerusi kawasan tanahnya yang luas serta lokasi strategik, yang membolehka­nnya menjalanka­n pembanguna­n hartanah PRIYA Scheme Kuantan dan akan datang Vertex Kuantan, bagi memenuhi pasaran strategik ini.

Katanya, kerjasama dengan

PKNP akan mempromosi­kan kepentinga­n Pahang dan rakyatnya, menjadi sebahagian daripada urbanisasi dan memastikan bahawa kontraktor tempatan mendapat manfaat daripada pertumbuha­n mampan sebaik saja ECRL disiapkan.

“Ini juga sejajar dengan strategi pertumbuha­n OCR untuk membina aliran pendapatan berulang lebih mantap dalam skop operasi pembanguna­n hartanah, pembinaan dan perundinga­n pengurusan projek.

“Kami sedang mentransfo­rmasi strategi perniagaan untuk menumpukan asas perolehan yang lebih mampan,” katanya.

Projek ECRL bernilai RM44 bilion sepanjang 640 kilometer dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang.

Ia merangkumi 14 stesen penumpang, lima stesen gabungan penumpang dan fret, selain satu stesen fret, yang mana tujuh daripadany­a terletak di Pahang.

Keseluruha­n projek disasarkan siap menjelang Disember 2026.

 ??  ?? Azhar Abdul Hamid,
Azhar Abdul Hamid,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia