Berita Harian

Bursa Malaysia kembali catat peningkata­n

Prestasi seiring dengan kebanyakan pasaran serantau

-

Bursa Malaysia kembali meningkat daripada penurunan awal untuk ditutup tinggi semalam didorong pembelian semasa harga rendah yang sederhana, dan prestasi ini juga seiring dengan kebanyakan pasaran serantau.

Penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.35 mata atau 0.16 peratus untuk mengakhiri dagangan pada 1,507.26 daripada 1,504.91 ketika ditutup kelmarin.

Barometer itu dibuka 6.95 mata lebih rendah pada 1,497.96 sebelum bergerak di antara 1,496.79 dengan 1,512.94 sepanjang semalam.

Lingkungan pasaran keseluruha­nnya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 610 berbanding 400, manakala 373 kaunter tidak berubah, 568 kaunter tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.33 bilion saham bernilai RM4.92 bilion daripada 5.12 bilion saham bernilai RM3.87 bilion pada Khamis.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, prestasi turun naik tidak menentu akan kekal bagi jangka pendek memandangk­an pelabur pantas memanfaatk­an kenaikan dalam keadaan wujudnya sebarang petanda negatif.

Penyusutan jumlah dagangan juga susulan sentimen pelabur yang menghindar­i risiko buat masa ini, katanya dalam nota penyelidik­an.

Di peringkat rantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.52 peratus kepada 2,651,70, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.73 peratus kepada 26,643,89 dan Nikkei 225 Jepun menambah 0.55 peratus kepada 22,478,79.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maxis naik 12 sen kepada RM5.45, Top Glove melonjak 70 sen kepada RM15.40, Hartalega meningkat 58 sen kepada RM12.08, TNB dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM11.80 dan RM5.40.

Maybank turun lima sen kepada RM7.66, Public Bank susut 22 sen kepada RM16.58 dan Petronas Chemicals menguncup 11 sen kepada RM6.27.

Antara saham paling aktif, Prestarian­g naik enam sen kepada 54.5 sen, Minetech dan Hibiscus Petroleum masing-masing menambah dua sen kepada 33 sen dan 67 sen, manakala MQ Technology dan AT Systematiz­ation masing-masing menokok satu sen kepada lima sen dan 13.5 sen dan KNM susut setengah sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 18.73 mata kepada 10,600.6, Indeks FBMT 100 naik 12.95 mata kepada 10,449.48 dan FBM 70 menokok 2.50 mata kepada 12,956.52.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 72.46 mata kepada 12,002.08 dan FBM ACE melonjak 147.46 mata kepada 6,052.86.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian

naik 0.47 mata kepada 135.19, Indeks Perladanga­n menokok 84.15 mata kepada 6.797.55 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 96.52 mata kepada 12.978.25.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.96 bilion saham bernilai RM4.29 bilion daripada 3.0 bilion saham bernilai RM3.39 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 436.73 juta unit bernilai RM103.82 juta daripada 558.84 juta unit bernilai RM131.08 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.93 bilion saham bernilai RM532.71 juta daripada 1.56 bilion saham bernilai RM351.02 juta.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 575.55 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (765.26 juta), pembinaan (294.42 juta), teknologi (594.13 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (68.68 juta), hartanah (252.84 juta), perladanga­n (110.24 juta), REIT (16.08 juta), dana tertutup (10,000), tenaga (810.05 juta), penjagaan kesihatan (111.44 juta), telekomuni­kasi dan media (150.50 juta), pengangkut­an dan logistik (93.35 juta) serta utiliti (113.09 juta). BERNAMA

 ?? (Foto Hiasan) ?? Bursa Malaysia catat peningkata­n didorong oleh pembelian semasa harga rendah yang sederhana.
(Foto Hiasan) Bursa Malaysia catat peningkata­n didorong oleh pembelian semasa harga rendah yang sederhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia