Berita Harian

Lebih 456,458 terkorban, 8.5 juta kes jangkitan

-

PARIS: COVID-19 mengorbank­an 456,458 mangsa selain menjangkit­i 8.5 juta orang manakala 4.5 juta pesakit disahkan sembuh setakat semalam.

Virus yang mula dikesan di Wuhan, China akhir tahun lalu itu kini sudah merebak ke 213 negara dan wilayah di serata dunia.

Bagaimanap­un, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapa­t angka yang dilaporkan itu hanya sebilangan kecil berbanding kadar jangkitan sebenar berikutan banyak negara tidak melakukan ujian secara meluas.

Malah, menurut badan dunia itu, kebanyakan negara hanya menguji kes yang menunjukka­n gejala atau kes paling serius saja.

Kelmarin, Mexico City mencatatka­n peningkata­n tertinggi apabila merekodkan 5,662 jangkitan dan 667 kematian baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruha­n 165,455 jangkitan termasuk 9,747 kematian.

Brazil pula merekodkan 983,359 kes jangkitan dan 47,869 kematian akibat COVID-19 setakat ini

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan mangsa tertinggi COVID-19, merekodkan 2,263,749 jangkitan termasuk 120,688 kematian dan 931,076 pulih, diikuti Brazil.

Britain pula merekodkan 300,469 jangkitan termasuk 42,288 kematian diikuti Itali (238,159 jangkitan, 34,514 kematian) dan Perancis dengan 195,142 kes jangkitan termasuk 29,603 kematian.

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau, mengisytih­arkan 4,634 kematian daripada 83,293 jangkitan dengan 78,394 pulih.

Eropah secara keseluruha­n merekodkan 190,185 kematian daripada 2.4 juta kes; AS dan Kanada (126,405 kematian, 2.2 juta jangkitan), manakala Amerika Latin dan Caribbean catat 86,723 kematian daripada 1.8 juta kes.

Asia merekodkan 26,990 kematian daripada 938,635 kes; Asia Barat (12,730 kematian, 606,444 jangkitan) dan Afrika (7,222 kematian, 270,355 jangkitan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia