Berita Harian

Sasar ratusan juta vaksin akhir tahun

WHO buat kajian lebih 200 penawar berpotensi di seluruh dunia

-

Saintis WHO optimis

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkata beberapa ratus juta dos vaksin COVID-19 dapat dihasilkan pada akhir tahun ini dan diedarkan kepada mereka yang paling terdedah kepada virus itu.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, ia sedang berusaha mencapai sasaran itu dengan jangkaan dua bilion dos pada akhir tahun depan, tatkala syarikat farmasi bersungguh-sungguh mencari vaksin.

Ketua saintis WHO, Soumya Swaminatha­n, berkata penyelidik sedang mengusahak­an lebih 200 vaksin berpotensi di seluruh dunia, termasuk 10 yang sedang diuji terhadap manusia.

“Sekiranya kita sangat bertuah, ada satu atau dua calon yang berjaya sebelum akhir tahun ini,” katanya pada sidang media secara maya, kelmarin.

Beliau juga mengenal pasti tiga kumpulan yang paling memerlukan gelombang pertama dos vaksin membabitka­n petugas barisan hadapan dengan pendedahan tinggi seperti pegawai perubatan dan polis.

“Selain itu, golongan paling terdedah kepada penyakit seperti orang tua dan pesakit kencing manis serta mereka dalam persekitar­an penularan tinggi, seperti kawasan setinggan bandar selain rumah jagaan.

“Anda harus mulakan dengan yang terdedah kemudian secara progresif memberi vaksin kepada lebih ramai orang.

“Kami berusaha dengan anggapan mungkin mempunyai beberapa ratus juta dos pada akhir tahun ini, kami sangat optimis,” katanya.

Tambah beliau, WHO berharap akan mendapat dua bilion dos dua atau tiga vaksin yang berkesan menjelang tahun depan untuk diedarkan ke seluruh dunia, namun tegas mengingatk­an bahawa belum ada vaksin yang terbukti berkesan.

Katanya semua pelaburan ditumpukan untuk usaha itu dan sekiranya berjaya memperoleh dua bilion dos pada akhir 2021, sekurang-kurangnya ia dapat digunakan bagi merawat golongan yang menjadi keutamaan.

Kami berusaha dengan anggapan mungkin mempunyai beberapa ratus juta dos pada akhir tahun ini, kami sangat optimis,

Soumya Swaminatha­n, Ketua saintis WHO

 ?? (Foto AFP) ?? menemui vaksin COVID-19 akhir tahun ini.
(Foto AFP) menemui vaksin COVID-19 akhir tahun ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia