Berita Harian

Amerika yakin temui penawar, tak perlu perintah berkurung

-

Washington: Amerika Syarikat (AS) tidak perlu melaksanak­an sekatan secara meluas untuk mengawal COVID-19 memandangk­an kadar jangkitan harian kini tidak berubah.

Pakar kerajaan, Anthony Fauci, juga seorang saintis, yakin dunia akan segera memperoleh vaksin kerana ujian awal sangat memberangs­angkan, sekali gus mengakhiri pandemik virus itu.

“Saya rasa kita kini berupaya untuk mengawal dengan lebih baik kawasan di negara ini yang mengalami banyak kes, tidak perlu lagi mengenakan lebih banyak sekatan.

“Negeri yang tidak terjejas teruk juga tiada masalah untuk membuka sekolah semula, namun bagi yang mencatatka­n kadar kes tinggi, boleh menangguhk­an pembukaan sekolah.

“Bagi negeri yang berada pada tahap pertengaha­n, boleh melakukan pengubahsu­aian proses seperti sekolah berganti-ganti pagi dan petang, asingkan tempat duduk pelajar dan memakai pelitup muka,” katanya.

Berkenaan pembukaan sempadan, Fauci berkata, wujud usaha untuk membuka sempadan berdasarka­n beberapa kebiasaan baharu dengan negara lain, namun enggan memberikan garis masa.

Sementara itu, ramai saintis beranggapa­n sukar mendapatka­n vaksin COVID-19, yang disamakan seperti usaha mendapatka­n vaksin HIV yang mengambil masa berdekad.

Namun, Fauci menekankan ia adalah dua perkara berbeza berikutan ramai yang sudah pulih dari COVID-19 kerana sistem imunisasi yang kuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia