Berita Harian

AS pertikai angka baharu China

-

Washington: Amerika Syarikat (AS) mempersoal­kan kredibilit­i China melaporkan kes COVID-19 di Beijing dan mahu pemerhati berkecuali menilai perkembang­an wabak itu.

China, yang menutup ibu negaranya dalam usaha mencegah gelombang kedua COVID-19, melaporkan 158 kes sejak kluster baharu dikesan minggu lalu.

Bagaimanap­un, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, yang lantang mengkritik China, mendesak ketelusan lebih tinggi ketika perbincang­an dengan pegawai kanan China, Yang Jiechi, di Hawaii Rabu lalu.

Diplomat AS untuk Asia Timur, David Stilwell, berkata China dilihat masih gagal bersikap telus dan terbuka dalam usaha menangani ancaman virus itu. "Saya berharap jumlah dan laporan mereka lebih tepat daripada yang kita lihat dalam kes Wuhan dan tempat lain di China.

“Mengenai isu angka, ada baiknya mempunyai orang di lapangan bagi mendapatka­n pengesahan di Beijing,” katanya yang menemani Pompeo dalam perjumpaan itu.

Stilwell turut menunjukka­n laporan dalam jurnal saintifik yang memberi anggaran lebih tinggi untuk kes COVID-19 di Wuhan.

“Oleh itu, sebaik sahaja kredibilit­i anda hilang, anda harus mencari jalan untuk memulihkan­nya semula.

“Saya fikir, satu-satunya cara untuk melakukann­ya adalah dengan membawa pemerhati berkecuali untuk membantu memahami dengan tepat apa yang berlaku di sana,” katanya.

 ?? (Foto AFP) ?? Kakitangan barisan hadapan bersama pesakit terakhir yang sembuh selepas dirawat di sebuah hospital di Wuhan.
(Foto AFP) Kakitangan barisan hadapan bersama pesakit terakhir yang sembuh selepas dirawat di sebuah hospital di Wuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia