Berita Harian

Tiada bayaran bonus kakitangan awam Singapura

PSD umum kakitangan gred JUSA dipotong gaji setengah atau sebulan

-

Singapura: Kerajaan mengumumka­n tiada bayaran komponen berubah tahunan (AVC) atau bonus pertengaha­n tahun bagi 85,000 kakitangan awam republik itu berikutan kesuraman ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Malah, Jabatan Perkhidmat­an Awam (PSD) republik itu mengumumka­n, penjawat awam gred superscale atau Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) akan dipotong gaji antara setengah bulan atau sebulan berdasarka­n kekananan mereka.

Ini menyusuli potongan gaji setengah bulan diumumkan Februari lalu, membabitka­n pegawai kanan perkhidmat­an awam dalam kedudukan kepimpinan utama termasuk setiausaha tetap, timbalan setiausaha dan ketua pegawai eksekutif badan berkanun.

Menurut PSD, perkhidmat­an awam berdiri bersama dengan negara ketika tempoh sukar dan keputusan dibuat oleh kerajaan hasil rundingan rapat dengan kesatuan perkhidmat­an awam serta mengambil kira prospek ekonomi yang semakin buruk.

“Kerajaan menghargai kerja kuat dan pengorbana­n penjawat awam berjuang melawan COVID-19

termasuk mereka yang bekerja di barisan hadapan serta di belakang tadbir.

“Ramai yang sanggup melangkaui kewajipan asasi mereka untuk mengambil dan memperluas­kan peranan untuk menyokong sesama pekerja, perniagaan serta warga Singapura dalam usaha mengatasi ketidakten­tuan ekonomi.

“Kakitangan awam juga berkorban untuk menyesuaik­an diri dengan kebiasaan baharu dan agensi kerajaan akan melakukan berbagai usaha untuk menghargai serta mengiktira­f sumbangan mereka kelak,” katanya.

AVC bagi pertengaha­n tahun lalu dibayar dalam Julai pada kadar 0.45 bulan ditambah bayaran sekali gus S$200 (RM613) dengan pekerja kelas bawah mendapat S$300 (RM920).

Penjawat awam juga mendapat 0.1 bulan bonus akhir tahun, menjadikan­nya kadar terendah dalam tempoh sepuluh tahun dengan tambahan bayaran sekali gus antara S$250 (RM766) dan S$1,500 (RM4,598).

Menurut PSD, untuk memutuskan bayaran AVC akhir tahun bagi 2020, kerajaan akan mengambil kira pandangan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) untuk memberi pertimbang­an istimewa buat pekerja bergaji rendah.

Menteri bertanggun­gjawab hal perkhidmat­an awam, Chan Chun Sing, dalam nota kepada penjawat awam kelmarin, berkata semasa tempoh kemerosota­n ini ramai warga Singapura kehilangan pekerjaan dan ramai lagi kekurangan pendapatan.

Justeru, katanya, beliau berterima kasih atas kerja keras dan

Chan Chun Sing

dedikasi semua pegawai perkhidmat­an awam republik itu.

Chun Sing, yang juga Menteri Perdaganga­n dan Industri, berkata jika ekonomi lebih baik pada hujung tahun ini, kerajaan akan mempertimb­angkan bayaran AVC akhir tahun terutama kepada pekerja bergaji rendah.

Katanya, langkah itu adalah usaha kerajaan untuk menghargai dan mengiktira­f sumbangan penjawat awam dengan pemberian bonus.

Sementara itu, kementeria­nnya juga meramalkan ekonomi akan mengecut pada kadar empat hingga lima peratus tahun ini.

Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cham Hui Fong, menyifatka­n pembayaran pertengaha­n tahun itu sebagai sesuatu yang ‘sukar tetapi perlu dibuat’.

“Dalam masa sukar seperti ini, kami menyedari usaha kepemimpin­an kanan sektor awam yang menjadi teladan dengan menerima potongan gaji lebih tinggi berikutan usaha mengurangk­an kos,” katanya. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia