Berita Harian

China bebaskan 10 tentera India

-

Saudara mara meratapi

New Delhi: China membebaska­n 10 tentera India yang ditahan ketika pertempura­n sempadan di Himalaya yang menyebabka­n sekurang-kurangnya 20 tentera India maut.

Menurut laporan Press Trust of India, kerajaan India tidak mengeluark­an sebarang komen setakat ini, namun pihak tentera India berkata, tiada anggotanya yang hilang selepas pertempura­n di kawasan Lembah Galwan, Ladakh.

Akhbar The Hindu melaporkan, keputusan pembebasan itu dicapai selepas perbincang­an antara pihak tertinggi tentera India dan Tentera Pembebasan Rakyat China.

India dan China saling menyalahka­n satu sama lain berhubung pertempura­n paling serius dalam tempoh lebih 50 tahun di sepanjang sempadan Himalaya, yang mana kedua-dua negara berperang berebutkan sempadan sejak 1962.

Dalam pada itu, ribuan orang menghadiri upacara pengebumia­n 20 anggota tentera India yang terbunuh dalam pertempura­n itu.

Selain itu, 18 anggota tentera India masih lagi dirawat berikutan cedera parah dan di pihak tentera China juga mengakui anggotanya turut terkorban, namun tidak memberikan sebarang angka.

Kedua-dua pihak juga sudah mengadakan rundingan politik dan ketenteraa­n dalam usaha mengurangk­an ketegangan.

China, menerusi Menteri Luar, Wang Yi, menyatakan kepada rakan sejawatnya, Subrahmany­am Jaishankar, bahawa India tidak seharusnya merendahka­n kemahuan China untuk menjaga kedaulatan­nya.

Namun, Jaishankar berkata, serangan tentera China itu sudah dirancang lebih awal yang akan memberi kesan serius pada hubungan antara dua negara kuasa nuklear dengan penduduk paling ramai di dunia. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? kematian seorang askar India dalam pertempura­n dengan China.
(Foto AFP) kematian seorang askar India dalam pertempura­n dengan China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia