Berita Harian

Arahan perintah berkurung di Chennai

-

Chennai: Sekatan pergerakan dikenakan semula terhadap 15 juta penduduk di selatan India berikutan jangkitan COVID-19 kini mencecah hampir 400,000 mangsa.

Sekatan terkini merangkumi Chennai, ibu kota Tamil Nadu dan daerah sekitarnya berikutan lonjakan kes, walaupun negara dengan 1.3 bilion penduduk itu baru saja beransur-ansur kembali kepada kehidupan biasa.

Ketika 12 hari sekatan pergerakan, kedai makan dan stesen minyak hanya boleh beroperasi antara jam 6 pagi hingga 2 petang, manakala penduduk dibenarkan keluar dalam lingkungan dua kilometer dari rumah kecuali bagi kecemasan.

India mencatatka­n 381,485 kes COVID-19 iaitu keempat tertinggi di dunia dengan 12,605 kematian, menurut data Kementeria­n Kesihatan.

Namun, ramai pakar berpendapa­t angka sebenar adalah jauh lebih tinggi berikutan kekurangan ujian bagi virus itu selain kekangan keupayaan untuk memeriksa lebih ramai penduduk.

Minggu ini, India mencapai angka kematian melebihi 2,000 orang selepas hab kewangan di Mumbai mencatatka­n peningkata­n kematian hampir 900 mangsa.

Virus ini merebak di seluruh negara Asia Selatan ini, yang menempatka­n beberapa kota dengan kepadatan penduduk dan kadar kemiskinan yang tinggi, sekali gus menyebabka­n kesesakan di hospital serta tanah perkuburan. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia