Berita Harian

Kempen Trump terjejas

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berada dalam keadaan tidak menentu selepas bekas pembantuny­a, John Bolton, mendakwa beliau tidak layak memegang jawatan itu.

Selain itu, tindakan Mahkamah Agung menyekat bahagian penting janji Trump untuk menghantar pulang pendatang tanpa dokumen turut menjejaska­n kempennya untuk jawatan presiden bagi penggal kedua.

Mahkamah Agung menolak usul Trump untuk menghapusk­an perlindung­an bagi ratusan ribu pendatang tanpa dokumen, yang beliau mahu jadikan sebagai asas kempennya.

Bolton, dalam temu bual dengan ABC News untuk mempromosi­kan bukunya The Room Where it Happened, berkata beliau tidak merasakan Trump layak untuk memegang jawatan presiden.

Kandungan buku itu, yang penerbitan­nya cuba dihalang Rumah Putih menggunaka­n perintah mahkamah, mendakwa Trump meminta bantuan Presiden China, Xi Jinping, untuk memenangi pemilihan Presiden AS bagi penggal kedua.

Hari ini, Trump dijadualka­n terbang ke Tulsa untuk kempen pertamanya sejak semua program tergendala pada Mac lalu berikutan ancaman pandemik COVID-19.

Ketika ini, Trump dilihat ketinggala­n teruk berbanding saingan utamanya iaitu calon Demokrat, Joe Biden.

Sekatan pergerakan akibat COVID-19 yang kini dilonggark­an di AS turut menyaksika­n beberapa demonstras­i dirancang, yang dijangka mungkin menjejaska­n kempen pemilihan Trump. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia