Berita Harian

Kenal pasti simptom strok

-

Oleh Saadiah Ismail

Strok antara penyebab kematian ketiga tertinggi di negara ini di mana secara purata terdapat 92 kes kemasukan pesakit strok di hospital setiap hari, dengan 40 peratus pesakit berusia 60 tahun ke bawah.

Malangnya, ketika pandemik COVID-19 ini, arahan kerajaan dan ketakutan pesakit strok menjadikan mereka lewat atau langsung tidak mendapatka­n nasihat atau rawatan dari institusi kesihatan.

Justeru, atas keprihatin­an, Pusat Neuro Velocity (VNC) Sunway Medical Centre Velocity (SMCV), menawarkan peluang kepada pesakit baharu untuk mendaftar bagi perkhidmat­an telekonsul­tasi percuma dari rumah saja bersama Pakar Neurologi, Dr Kok Chin Yong dan Pakar Bedah Neurosurge­ri, Dr Gerard Arvind Martin.

Dr Gerard berkata, sesi telekonsul­tasi ialah sebahagian daripada usaha hospital untuk memastikan pesakit mendapat nasihat kesihatan yang diperlukan bagi meningkatk­an kesejahter­aan fizikal dan mental mereka.

Katanya, perkhidmat­an telekonsul­tasi membolehka­n pesakit berhubung dengan pakar mengenai keadaan berkaitan neurologi seperti sakit kepala atau hanya berhubung dengan pakar neuro untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan otak.

“Telekonsul­tasi ini mampu mendorong pesakit untuk berbicara mengenai perkara yang membimbang­kan mereka kerana ini adalah langkah utama untuk mengenal pasti kemungkina­n kes strok.

“Penjagaan strok adalah keutamaan dan antara satu dari beberapa hospital swasta yang menawarkan pusat rawatan strok akut untuk merawat pesakit dari tahap awal strok sehingga pemulihan selepas strok,” katanya.

Tanda amaran strok

Beliau turut menjelaska­n, penting bagi setiap orang untuk mengenali tanda amaran strok yang boleh diingat dengan mudah melalui akronim ‘BE FAST iaitu

(masalah keseimbang­an),

(perubahan tahap penglihata­n),

(lemah di bahagian muka),

(lemah di bahagian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia