Berita Harian

Elak pengambila­n kuah ‘banjir’

- Dari

Selain itu, elakkan pengambila­n kuah yang berlebihan atau ‘banjir’ kerana mengandung­i tinggi garam dan makanan yang sudah lama dihidang bagi megelak keracunan makanan dan sakit perut.

Bagi pesakit jantung, keperluan kalori untuk lelaki dewasa ialah 2,000 kalori sehari, manakala wanita dewasa atau warga emas ialah 1,500 kalori sehari.

Tip makan sihat bagi mengurangk­an risiko diabetes.

Pesakit kencing manis juga harus makan ikut waktu, selain mematuhi jadual pengambila­n ubat, tidak kira di mana pun mereka berada.

Selain itu, diet mereka harus sama dengan hari biasa dan tidak digalakkan mengambil makanan berlebihan semasa musim perayaan.

Sebarang perubahan yang besar dalam diet harus dibincang bersama dengan doktor atau pakar pemakanan mereka.

a) Makan secara teratur terutama pada waktu makan utama. b)makan dalam kuantiti yang kecil dan elakkan makan banyak dalam satu masa terutama makanan berasaskan kanji. c) Pilih makanan yang tinggi kandungan serat seperti sayur dan makanan berasaskan ‘meals’ penuh. d) Hadkan pengambila­n makanan dan minuman manis. e) Pilih snek yang sihat seperti buah (dua hidangan sehari) sebagai pencuci mulut. f) Pilih air kosong daripada air

berperisa atau berkarbona­t.

Tip mudah elak makan berlebihan

Jangan makan ketika perut terlalu kosong. Amalkan waktu makan yang teratur pada setiap waktu makan utama.

• Amalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia. Suku untuk kanji, suku untuk lauk/protein dan separuh untuk sayur dan buah-buahan.

Lebihkan pengambila­n makanan yang tinggi kandungan serat bagi membantu mengekalka­n rasa kenyang dengan lebih lama.

Elakkan minum air manis yang kerap dan gantikan dengan air kosong.

Gunakan pinggan yang kecil supaya makanan tidak kelihatan banyak.

Kunyah makanan secara perlahan dan nikmati juadah anda dalam keadaan yang selesa.

Elakkan makan semasa bersembang dan menonton televisyen atau bermain alat elektronik kerana ini akan menyebabka­n makan dalam kuantiti yang banyak tanpa sedar.

Di samping itu, lazimnya juadah raya berlemak dan manis. Oleh itu, anda boleh gantikan santan dengan susu rendah lemak

a) Cairkan santan dengan

nisbah 2:1 (air:santan). b)buang lemak dan kulit pada

daging. c) Gunakan tisu untuk menyerap lebihan minyak makanan bergoreng d)gunakan kuali yang tidak melekat ketika menggoreng. e) Elakkan penggunaan kaedah salut tepung ketika menggoreng. f) Elakkan menambah gula putih atau perang dalam masakan.

Apa yang perlu setiap individu sama ada yang berpenyaki­t atau sihat, kuantiti dan jenis juadah perlu diberi perhatian terutama untuk makanan yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak.

Kurangkan pengambila­n makanan yang jatuh pada kategori itu bagi mengelakka­n risiko penyakit, selain anda dapat mengekalka­n berat badan ideal. lengan),

(kesukaran bertutur) dan di mana sudah tibanya masa (Time) untuk mendapatka­n rawatan di hospital untuk rawatan segera.

Justeru, bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai strok dan ingin menilai keadaan semasa, mereka boleh membuat temujanji telekonsul­tasi bersama pakar neurologi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Khidmat telekonsul­tasi membolehka­n pesakit berhubung dengan pakar neurologi.
Khidmat telekonsul­tasi membolehka­n pesakit berhubung dengan pakar neurologi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia