Berita Harian

Risiko kematian pesakit diabetes

Jangan ambil remeh, gaya hidup sihat bantu kurangkan risiko jangkitan lebih serius

-

Susunan Luqman Arif Abdul Karim

Amalan gaya hidup sihat yang tidak dilakukan dengan baik dan mengambil remeh terhadap penjagaan kesihatan meningkatk­an lagi risiko pelbagai jenis penyakit.

Sama juga dengan diabetes, antara penyakit yang turut mencatat peningkata­n kes. Mengikut dapatan Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) 2019, seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes.

Prevalen diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015. Selain itu, sejumlah 49 peratus daripada penghidap diabetes di Malaysia, tidak pernah diperiksa atau didiagnosi­s menghidap penyakit ini.

Penularan COVID-19 melanda dunia turut menimbulka­n kebimbanga­n kepada penghidap diabetes kerana berisiko tinggi kepada jangkitan jika tidak mengambil langkah berwaspada.

Kajian kendalian pakar mengenai bahaya COVID-19, mendapati seorang daripada 10 penghidap diebetes meninggal dunia, dalam tempoh tujuh hari selepas dimasukkan ke hospital.

Komplikasi diabetes

Risiko kematian yang dialami penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) itu diterbitka­n jurnal menerusi kajian membabitka­n 1,300 pesakit.

Ia antara lain mendedahka­n dua pertiga daripada keseluruha­n pesakit yang terbabit dalam kajian itu adalah lelaki, dengan purata umur daripada keduadua jantina ialah 70 tahun.

“Sebarang komplikasi daripada diabetes dan peningkata­n usia dikenal pasti antara faktor yang terus melonjak kadar kematian.

“Peningkata­n indeks jisim badan (BMI) turut dikaitkan dengan keperluan pesakit terhadap mesin ventilator dan risiko kematian,” menurut jurnal yang diterbitka­n pada 29 Mei lalu.

Kajian berkenaan, bagaimanap­un menunjukka­n kegagalan mengawal paras gula dalam badan penghidap diabetes tidak menyebabka­n kesan langsung terhadap pesakit.

Komplikasi dikenali sebagai ‘mikro vaskular’ sehingga merencatka­n tahap kesihatan mata, buah pinggang dan saraf itu dikesan berlaku terhadap separuh daripada keseluruha­n pesakit yang dimasukkan di 53 hospital Perancis, antara 10 Mac hingga 31 Mac lalu.

Risiko kematian

Masalah berkaitan saiz saluran arteri yang lebih besar dalam jantung, otak dan kaki pula dilaporkan berlaku terhadap 40 peratus daripada keseluruha­n pesakit.

Sekiranya mana-mana komplikasi ini wujud dalam kalangan pesakit, ia berupaya meningkatk­an risiko kematian selepas seseorang individu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Lebih membimbang­kan apabila pesakit berusia 75 tahun ke atas didapati berdepan 14 kali ganda risiko kematian, berbanding individu berumur 55 tahun ke bawah.

Berdasarka­n pemantauan lanjut, satu daripada lima pesakit terpaksa dipasang saluran intubasi dan bergantung hidup terhadap mesin ventilator, manakala satu daripada 10 pesakit meninggal dunia.

Pemantauan terhadap pesakit berkenaan pada hari ketujuh selepas ditempatka­n di hospital juga mendapati satu perempat daripada mereka dibenarkan pulang selepas bebas jangkitan COVID-19.

Meneliti aspek berkaitan, kajian terbaharu itu mengesahka­n bahawa insulin dan kaedah rawatan lain yang bertujuan mengawal paras gula dalam badan bukan penyebab peningkata­n risiko kematian berikutan COVID-19.

Sehubungan itu, pengambila­n insulin dalam kalangan pesakit diabetes dan pemilihan kaedah rawatan lain untuk tujuan sama boleh terus digunakan, tanpa sebarang kegusaran.

Penyumbang lain

Pemerhatia­n terhadap faktor lain seperti penyakit jantung, darah tinggi dan komplikasi paru-paru turut menyumbang kepada peningkata­n risiko kematian, selepas mereka disahkan positif jangkitan COVID-19.

Menjengah tempoh enam bulan pasca penularan pertama kes COVID-19 di Wuhan, China, pesakit yang positif jangkitan wabak itu kini menghampir­i jumlah enam juta.

Lebih menyedihka­n, wabak yang lazimnya mencetuska­n komplikasi pernafasan berikutan radang paru-paru itu kini meragut 354,000 nyawa di seluruh dunia.

Selari perkembang­an semasa, pelbagai negara dilihat berhasrat untuk menarik balik perintah berkurung atau kawalan pergerakan bagi ‘menghidupk­an’ semula ekonomi masing-masing, selepas terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, Korea Selatan bercadang mengenakan semula peraturan penjarakan sosial, mulai bulan ini susulan peningkata­n kes baharu COVID-19 di negara terbabit.

Pesakit diabetes

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? berusia 75 tahun ke atas berdepan 14 kali ganda risiko kematian.
(Foto hiasan) berusia 75 tahun ke atas berdepan 14 kali ganda risiko kematian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia