Berita Harian

Giliran Amirizdwan ‘sembur’ KAFA

-

Kota Bharu: Bekas pemain Kelantan, Amirizdwan Taj Tajuddin kecewa dengan sikap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang terus berdiam diri berhubung tuntutan tunggakan gajinya yang belum dibayar sehingga kini sebanyak RM167,304.

Pemain pertahanan itu berkata, lebih mengecewak­an apabila bekas majikannya itu tidak menghormat­i arahan Jawatankua­sa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membayar tunggakan gajinya dan bekas pegawai, Mohd Hisham Jainudin berjumlah RM11,166.

“Mereka (KAFA) kata mahu melakukan perbincang­an, namun tidak pernah menghubung­i saya untuk berbincang bagi menyelesai­kan masalah ini.

“Saya bukannya kejam meminta KAFA menyelesai­kan semua tunggakan gaji, saya boleh mengadakan perbincang­an untuk mencari kaedah terbaik bagi pembayaran itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Selain Amirizdwan Taj, bekas ketua pasukan TRW, Mohd Badhri Mohd Razi juga antara yang lantang bersuara menuntut tunggakan gaji mereka dan bekas pemain tempatan terhadap KAFA.

Amirizdwan turut mempersoal tindakan KAFA yang cuba melunaskan tunggakan gaji pemain import dengan melancarka­n Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan berbanding pemain tempatan yang turut mengalami nasib sama.

“KAFA sibuk melancarka­n Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan untuk membayar tunggakan gaji pemain import, Cassio De Jesus, Bruno Lopes dan Alaeddine Bouslimi sebagaiman­a yang diarahkan Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA).

“Kami tertanya-tanya adakah KAFA mengambil langkah sama untuk pemain tempatan... kami juga mempunyai tanggungan, justeru kami mahu persatuan berlaku adil terhadap pemain tempatan yang lain,” katanya.

 ??  ?? Aksi Amirizdwan ketika bersama Kelantan.
Aksi Amirizdwan ketika bersama Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia