Berita Harian

Ejen Luqman janji pilih kelab terbaik

-

Kuala Lumpur: Sekalipun menjadi ‘prospek panas’ apabila diburu beberapa pasukan dari luar negara, perkembang­an penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin tetap menjadi perkara nombor satu.

Justeru, ejen pemain itu, Lionel Foy mahu memastikan pasukan yang bakal disertai penyerang muda itu nanti mampu menyediaka­n landasan terbaik kepada dia untuk terus berkembang menjadi pemain yang lebih matang dan lebih baik.

“Kami percaya untuk membolehka­n Luqman terus berkembang, dia memerlukan persekitar­an yang kompetitif dan profesiona­l, jadi sebab itulah kami mahu dia berhijrah pada musim panas ini.

“Tak kira sama ada KV Kortrijk ataupun mana-mana pasukan pun, apa yang penting pasukan terbabit sesuai dan tepat untuk mengembang­kan lagi potensi Luqman.

“Mengenai perkara itu (sekatan perjalanan), kita akan mengemukak­an permohonan bagi membolehka­n dia keluar negara jika arahan itu masih dikuatkuas­akan,” katanya.

Terdahulu, ejen Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) itu mengesahka­n setakat ini, dua pasukan iaitu KV Kortrijk dan Bayer Leverkusen menunjukka­n minat yang mendalam dan sedia memberikan tawaran secara rasmi mendapatka­n tandatanga­n anak kelahiran Kelantan itu.

Malah, Lionel menjangkak­an ada lagi beberapa kelab akan cuba ‘meminang’ Luqman selepas ini, namun pertimbang­an sewajarnya akan dilakukan bagi memutuskan apa yang terbaik untuk Luqman dan keluargany­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia