Berita Harian

Liverpool berjuang habis-habisan demi Watkins

-

Liverpool: Jurgen Klopp berjanji akan memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk penyokong Liverpool berusia empat tahun yang kini menghidap kanser peringkat akhir.

Pengendali dari Jerman itu mengirimka­n video kepada Willian Watkins selepas mengetahui kanak-kanak itu mengidap kanser.

Pada minggu lalu, ibu bapa Willian, Ian dan Nicola mengumumka­n berita sedih apabila kanser sudah merebak sehingga ke otak dan ke tulang belakangny­a dan tanpa rawatan segera, dia hanya mampu bertahan sehingga Ogos nanti.

Selepas mendengar berita itu, Klopp mengirimka­n video penuh emosi dan menerusi badan amal kesihatan mental Inch By Inch, Klopp berkata: “Hai William, saya dengar kamu penyokong Liverpool. Kamu mungkin kenal saya, Jurgen Klopp iaitu pengurus Liverpool dan mesej ini istimewa untuk kamu.“

“Saya tahu kamu berdepan detik sukar ketika ini dan saya bersimpati. Saya merasai kesedihan itu. Tetapi kita dapat melupakann­ya sedikit demi sedikit bermula dengan EPL dan kami akan beraksi untuk kamu.

“Ia khas untuk kamu. Kami akan memberikan segalanya untuk memenuhi sasaran yang cukup besar tahun ini.

“Kami akan menentang Everton Ahad ini (awal pagi Isnin) dan bermula saat itu, kami akan berjuang habis-habisan demi kamu.

“Saya akan bercakap kepada pemain dan saya harap kamu juga sentiasa berjuang. Saya doakan yang terbaik untuk kamu dan semoga kita dapat bertemu selepas ini.

“Dan jangan lupa, kamu tidak pernah berjalan sendirian,” katanya.

 ??  ?? Klopp
Willian Watkins
Klopp Willian Watkins

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia