Berita Harian

Pertembung­an 3 penjuru di PRK DUN Chini

-

Pekan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, 41, berazam membawa lebih banyak pembanguna­n ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sebagai kesinambun­gan usaha wakil rakyat terdahulu.

Dikenali sebagai ‘Cif ’ dalam kalangan belia setempat, anak jati FELDA Chini 3 itu, berkata masih ada ruang untuk memperting­katkan kemudahan walaupun pelbagai perubahan dilakukan Allahyarha­m Datuk Seri Abu Bakar Harun yang menjadi wakil rakyat sejak 2004.

Mohd Sharim berkata, beliau kerap mendengar perancanga­n Allahyarha­m yang juga mentornya dan bertekad meneruskan legasi ditinggalk­an bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini itu.

“Sebagai contoh, saya harap dapat selesaikan keluhan orang muda yang mahu lebih banyak mesin ATM. Sekarang banyak urusan perbankan dilakukan secara dalam talian, sukar mengeluark­an wang dengan mesin yang terhad dan agak jauh,” katanya.

Mohd Sharim turut melihat faktor usia dan pembabitan­nya bersama Abu Bakar sebagai nilai tambah baginya menemui pengundi kerana mereka sudah biasa dan kerap melihatnya menguruska­n pelbagai program kemasyarak­atan di sekitar FELDA Chini,

Bagi Mohd Shukri yang mengakui keputusan bertanding dibuat pada saat-saat akhir, beliau mahu mengetenga­hkan masalah kemiskinan, pencemaran dan lambakan pendatang asing di Chini dalam kempennya

“Kami ambil masa berbincang sampai jam 4 pagi tadi (semalam) sebelum mengambil keputusan bertanding, tapi saya sudahpun buat persiapan sebelum ini,” katanya yang membawa slogan ‘Bebas Beri Mandat, Rakyat Dapat Nikmat’.

Tengku Zainul Hisham pula mahu menggunaka­n kempen PRK ini bagi mendapat input mengenai masalah masyarakat di kawasan Chini membolehka­n beliau membantu menyelesai­kannya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Zaliza Zulkipli (tengah) memberi penerangan kepada calon bertanding di IKBN Pekan, semalam.
(Foto BERNAMA) Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Zaliza Zulkipli (tengah) memberi penerangan kepada calon bertanding di IKBN Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia