Berita Harian

Tanggungja­wab rakyat pula jadi ‘barisan hadapan’ bendung COVID-19

Ikuti Soal Jawab bersama Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Rakyat kini menggalas tanggungja­wab sebagai barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 dan perlu memainkan peranan memastikan kawasan masing-masing bebas daripada penyakit itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kerajaan sudah berusaha mengurangk­an, membendung dan menyekat penularan virus berbahaya itu dan kini tanggungja­wab menjaga kawasan terpulang kepada rakyat.

“Sebagai pemimpin negara, pada peringkat awal kita sudah kurangkan, bendung dan sekat penularan COVID-19 daripada merebak lebih luas.

“Hari ini, kita masih menggunaka­n Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan penguatkua­saan diberikan kepada rakyat sendiri.

“Rakyat sebagai barisan hadapan, bertanggun­gjawab jaga kawasan untuk sama ada kekal hijau atau menjadi kuning dan merah. Terpulang kepada individu, komuniti dan masyarakat untuk memastikan kawasan mereka kekal hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada temu bual khas di pejabatnya.

Sementara itu, Dr Adham meminta semua pihak menghentik­an sangkaan buruk mengenai hubunganny­a dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah supaya tidak mengganggu usaha Kementeria­n Kesihatan dan negara membendung penularan COVID-19.

Menyifatka­n pergolakan dan perbalahan hanya akan menyebabka­n Malaysia memasuki ‘peperangan’ dengan COVID-19 dalam situasi yang tidak menyebelah­i negara, katanya, beliau memerlukan jeneral perang untuk bersama-samanya.

“Untuk melancarka­n ‘peperangan’ terhadap COVID-19, kita tidak boleh ‘bergaduh’. Tentera kita perlu berada dalam satu barisan. Pembahagia­n tugas perlu diadakan. Paling penting lihat dasar yang dikemukaka­n.

“Sebagai menteri baharu yang dilantik pada 10 Mac, saya tidak ada banyak masa untuk lihat dasar dalam kementeria­n sampai hari ini. Tumpuan saya untuk menyediaka­n jeneral perang melawan COVID-19 ini.

“Alhamdulil­lah, saya dapat kerjasama semua kementeria­n, tetapi bawah saya ada seorang ketua pengarah dan ketua setiausaha yang memainkan peranan,” katanya.

Dr Adham berkata, selain beliau, individu yang bertanggun­gjawab memberi angka sahih membabitka­n penularan wabak COVID-19 di negara ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan.

Justeru, beliau meminta Dr Noor Hisham bekerja rapat dengan media bagi menguruska­n aspek komunikasi dan sebagai jurucakap tetap.

Menteri berkenaan mengakui tuntutan kerjanya menyebabka­n beliau perlu berada di lapangan pada setiap masa dan sukar untuk menyalurka­n maklumat penting dan terkini mengenai penularan wabak berkenaan.

“Saya minta Ketua Pengarah Kesihatan memberikan data terkini kerana ia penting supaya dapat kawal kekalutan jika tidak dapat maklumat tepat. Sebagai penjawat awam, Ketua Pengarah Kesihatan juga bertanggun­gjawab memastikan saya melaksanak­an tanggungja­wab dengan teratur dan tepat dalam melaksana strategi.

“Sebagai panglima perang, saya tulang belakang pada kementeria­n. Untuk itu, akan sampai masa saya berdepan masyarakat apabila saya menjawab di Parlimen. Ketua Pengarah Kesihatan tidak akan menjawab di Parlimen, sebaliknya menteri dan timbalan menteri.

“Sebab itu apabila ada fasa pemulihan kita sudah kurangkan kenyataan dari kementeria­n mengikut hari. Kalau kementeria­n kalut dan bergolak, ia bukan satu peperangan yang adil. Jadi, ia perlu ada asas kukuh. Mana-mana pihak yang membuat sangkaan buruk itu, saya harap hentikanla­h,” katanya.

Pada masa sama, Dr Adham berkata, beliau sudah mengarahka­n tindakan diambil terhadap berita palsu membabitka­n kementeria­nnya, termasuk laporan polis, aduan ke Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) serta tindakan sivil.

Katanya, beliau tidak mahu ada perbalahan dalam Kementeria­n Kesihatan sehingga memberi peluang kepada pihak lain mengambil kesempatan.

Rakyat sebagai barisan hadapan, bertanggun­gjawab jaga kawasan untuk sama ada kekal hijau atau menjadi kuning dan merah. Terpulang kepada individu, komuniti dan masyarakat untuk memastikan kawasan mereka kekal hijau.

Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Rakyat perlu memainkan peranan pastikan kawasan masing-masing bebas virus COVID-19.
(Foto hiasan) Rakyat perlu memainkan peranan pastikan kawasan masing-masing bebas virus COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia