Berita Harian

RM942 juta ringan beban bil elektrik

Bil kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kwj dikecualik­an bayaran

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Empat juta pengguna domestik yang bil elektrik mereka kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kwj nikmati bekalan elektrik percuma bagi April, Mei dan Jun

Pengguna yang penggunaan melebihi 300kwj akan menerima diskaun bil berjumlah RM231, iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun

Diskaun tambahan 8 peratus menjadikan 10 peratus kepada pengguna dalam blok tarif 601-900kwj

Putrajaya: Kira-kira empat juta iaitu 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kwj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan menerusi Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan.

Pengguna terbabit mendapat bekalan elektrik percuma bagi April, Mei dan Jun yang akan dikreditka­n ke dalam bil pengguna pada Julai dalam bentuk rebat.

Pengguna domestik yang menggunaka­n elektrik lebih 300kwj sebulan pula akan menerima potongan bil RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun, manakala bayaran akan dikreditka­n semula dalam bil Julai.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjun­g berjumlah RM942 juta bagi mengurangk­an beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP).

“Secara keseluruha­n, Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan ini akan memanfaatk­an 7.66 juta pengguna elektrik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid; Presiden/ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Tenaga (ST), Razib Dawood.

Shamsul Anuar berkata, kajian ST mendapati sebahagian besar pengguna elektrik yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah mereka dalam blok tarif 301-600kwj dengan kadar tarif 51.6 sen/kwj.

Disebabkan penggunaan elektrik yang tinggi ketika PKP, beliau berkata, kumpulan terbabit terkeluar daripada blok tarif sebelumnya dan memasuki blok tarif seterusnya iaitu kadar 54.60 sen/kwj, menyebabka­n bil elektrik melonjak naik dan menyaksika­n penguranga­n diskaun daripada 15 peratus kepada hanya dua peratus.

Katanya, pengguna blok tarif antara 601900kwj dengan bil elektrik antara RM232.35 hingga RM395.60 akan menerima diskaun tambahan lapan peratus, berbanding dua peratus yang dinikmati sejak April dengan jumlah pengguna terbabit mencecah 916,000 orang.

“Bagi membantu pengguna dalam kategori itu, kerajaan memperkena­lkan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif 601-900 kwj dengan bil elektrik antara RM232.35 hingga RM395.60.

“Mereka akan menikmati diskaun tambahan lapan peratus menjadikan 10 peratus sebulan bagi bil elektrik bulan April hingga September, berbanding hanya dua peratus yang dinikmati sejak April lalu. “Jumlah pengguna yang terbabit adalah seramai 916,000 orang atau 12 peratus daripada keseluruha­n pengguna domestik.

“Dengan pelaksanaa­n bantuan ini, jumlah diskaun kepada pengguna elektrik bagi tempoh 1 April hingga 30 September 2020 akan meningkat kepada RM2.2 bilion,” katanya.

Shamsul Anuar berkata, Dana Bantuan Prihatin Elektrik ini dibiayai oleh kerajaan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik (KIWE), Kementeria­n Kewangan dan TNB.

Katanya, kerajaan berharap penjimatan melalui Bantuan PRIHATIN Elektrik tambahan dapat membantu meringanka­n beban rakyat dari segi perbelanja­an isi rumah.

Ditanya sama ada pengguna komersial dan industri turut menerima bantuan berkenaan atau tidak, Shamsul Anuar berkata, kerajaan memberi tumpuan terhadap pengguna domestik yang paling terkesan berikutan peningkata­n bil elektrik.

Sebelum ini, ramai pengguna mengadu mengenai caj bil elektrik yang tinggi sepanjang tempoh PKP yang bermula 18 Mac lalu.

TNB sebelum ini memaklumka­n, operasi bacaan meter TNB dihentikan sementara ketika PKP, justeru bacaan meter secara anggaran dilakukan dan dihantar kepada pelanggan untuk tempoh Mac dan April menerusi melalui aplikasi MYTNB.

Operasi bacaan sebenar meter TNB dimulakan kembali 15 Mei lalu dan bil terkini diterima pelanggan adalah penggunaan sebenar sejak PKP.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia